A Warm Welcome from the Blog Owner

Hello readers. Welcome to my blog.

This blog mainly contains my very personal and humble opinion on any possible issue and topic that comes to my knowledge and interest to write and blog about. It can be politics, gossips or anything. I'll decide. If you don't like what I write, then you're free to either leave a comment or just leave.

Feel free to share your witty thoughts and opinion. I don't mind, really. But please be nice. I will not tolerate and approve any hate, harsh or sensitive comment.

Have a nice day.

Anonymous.

Thursday, February 26, 2009

Cerita Tol Lagi

Baru sahaja tergerak di hati untuk meng'update' tentang pengalaman sendiri berkenaan dengan topik hangat tol ni, tiba-tiba baca Malaysia Kini, keluar pula tentang kenaikan tol sebanyak 5 peratus di lima lebuhraya bermula Ahad ini.

5 peratus?!? Mak aih!!!

Lima lebuhraya terbabit ialah:

1. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)

2. Lebuhraya Sprint

3. Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur

4. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)

5. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)

Setahu saya lah, lebuhraya-lebuhraya di atas ni adalah tumpuan orang ramai terutamanya Lebuhraya Utara-Selatan, of course. Maaf jika saya kurang pengetahuan tentang permainan perjanjian konsesi antara kerajaan pusat dan syarikat-syarikat terbabit, but isn't the charity of rakyat should be the priority?

Sudahlah terbeban dengan cukai sana sini; C.U.K.A.I. cukai tanah la, cukai pintu la, cukai pendapatan la, cukai jalan la, then rebat yang tak seberapa tu pun dah dimansuhkan. Harga minyak yang sepatutnya lebih rendah tidak dipedulikan. Harga barang yang tidak terkawal lagilah, jangan cerita saya rasa semua pun dah naik menyampah nak buat aduan. Lepas tu bebanan dan tanggungan lain lagi? Haih, kadang-kadang ikut hati rasa nak lari keluar negara settle down kat tempat lain.

Naik bukan setakat sepuluh sen dua, well ada la yang naik sepuluh sen saja iaitu di BESRAYA, tapi ada yang naik sampai RM0.50. Mungkin sedikit kelihatannya, tapi cuba bayangkan daripada RM1.50 naik RM0.50 jadi RM2.00, berapa peratus kenaikkannya? Ya betul 33%! Banyak tu!!!

Kerajaan, kerajaan. Tak pernah serik. Tak pernah peduli pasal rakyat. Apalah sangat kalau dibantu rakyat walau sedikit mana pun. Ini tidak, yang saya dengar semuanya ini bebankan kerajaan, itu bebankan kerajaan. Bila dah bantu sikit, contohnya rebat tunai hari tu, belum apa-apa dah cepat-cepat nak tarik balik. Jarang la kita dengar pemimpin kerajaan BN cakap, oh jangan, jangan, kesian rakyat. Yang selalu dengar "anda mesti undi kami kerana hanya anda terhutang budi kepada perjuangan lampau kami" kahkahkah lawak betul.

Credit to Malaysia Kini

Tol, Tol, Tol

Beberapa minggu lepas, saya berjalan-jalan sambil memandu di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur untuk mencari target kawasan perumahan baru yang sesuai untuk dibeli dan diduduki dalam jangka masa panjang. Meaning, I didn't look for a house near to town; I purposely aimed for slightly out of town, but not too far away. Dengar-dengarnya masih agak murah lagi berbanding somewhere nearer. Rumah tak besar mana, tapi harga melampau-lampau. Beli yang jauh sikit, lama-lama dengan pembangunan yang tak agak-agak, mesti terasa dekat juga. Contoh Bangi la kan, kalau ikutkan nak ke pusat bandar memang jauh. Tapi tak terasa sangat sebab in between adalah tempat yang telah dibuka. Something like that.

Drive punya drive, sampailah di area Puchong menghala ke Putrajaya-Cyberjaya sana. Oh menarik, banyak kawasan baru rupanya. Almaklumlah, bukan selalu jalan-jalan macam ni.

Akhirnya, saya sampai di area Putra Height, kalau tak silap. Bila pusing masuk je ke kawasan perumahan yang masih padang jarak padang tekukur tu dan kebanyakan dalam pembinaan tu, alamak, ada tol? Meaning, unless ada jalan lain yang mungkin jauh and tak selesa, the only way in and out of the living area is through this toll.

All of the pictures were taken after I went through the toll.




I can't really clearly remember how much did I pay, but seriously I felt SO irritated. But the houses were nice, though, and considerably affordable. Tengoklah kat ceruk mana kan, huhu.


But to think about it again, aih tak sanggup la bayar tol nak masuk rumah ni. Dah la sini sana pun kena tol, ini dah nak sampai rumah pun kena lagi?

Friday, February 20, 2009

TV3, Hentikanlah Berat Sebelah

Oh man, penatnya saya menahan rasa geli hati, sakit hati, bengang, menyampah and macam-macam lagi la! Dari 8-9pm setiap hari, pergh tak tahan gua lama-lama macamni!

I can't really boycott TV3 much because of the rest of the family. But I really can't hear even a single word from them - terlalu poyo!

TV3, tolonglah. Hentikanlah ke'ridiculous'an anda. Saya merayu, saya sudah penat mendengar lagu kuat-kuat setiap hari 8-9pm. Jadilah saluran berita yang adil dan saksama.

Hmm apsal rasa macam dok curah air kat daun keladi je ni?

Friday, February 13, 2009

Fasha Yang Plastik

Dulu takde la saya menyampah dengan minah sorang ini. Tapi minat sangat pun tidak ler. Cuma saya rasa lakonan dia agak kaku dan agak plastik di situ. But then I thought she's quite a beauty so doesn't count la, biasa la nak survive dunia hiburan di Malaysia ni hakikatnya memang kena cun pun.

But when the gossips and rumors about her 'passion' for stealing and ruining relationships and even marriages of people around were spreading like mushroom growth after the rain, I started to feel a bit annoyed. Look at what she has done to Irma Hasmie and even worse, the cutie face Nora Danish!

Regardless, she still kept a deadpan and innocent face. Like, she did not do that; it was just, gossips. Merely gossips. But then trees wont swing if there's no wind, right? Not once, not twice and not even thrice! Count Datuk S la, Jejai la, Farid Kamil la, Pierre Andre la, Yusry KRU la and the list goes on.

So, I guess the recent holiday to Bangkok did reveal some truth to the public eyes. Truth on how dirty, sick to the core this lady is. And what with the concern on Nora Danish's feeling? Oh please la, kalau you tu noble sangat, you won't be doing what you did all this while. Stealing husband and others boyfriends, oh murahnya harga diri kamu! Kamu ingat kamu cantik semua lelaki mahu? Trust me dirty lady, they just want your body. Your aging body.


Source: YouTube

Enjoy the kantoi footage!

Trend Bangang Teramat

Ok now I see the trend.

Kalau mereka rasa mereka AKAN kalah, mereka pilih pilihanraya kecil hari bekerja, yakni hari Selasa.

Kalau mereka rasa mereka ADA PELUANG untuk menang (confident tak tentu pasal pehal), mereka pilih pilihanraya hari Sabtu (which is the right and fair day to everyone, if they meant it right)

MAKNANYA, dalam kes Bukit Selambau dan Bukit Gantang ... mereka MEMANG TIDAK LANGSUNG YAKIN AKAN MENANG HA HA HA HA HA.

Oh bacul sungguh. Inikah yang dinamakan adil dan saksama wahai rakan-rakan?

*muntah hijau*

Lawak of the Year (And It's Only February)

TAIPING 12 Feb. - ''Saya bersyukur kerana beliau telah sedar dan insaf. Saya mengalu-alukan tindakannya itu''.

Begitulah reaksi Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir ketika diminta mengulas mengenai hasrat Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang akhirnya mahu mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar tidak lama lagi.

Dalam satu sidang akhbar di Ipoh, bekas Menteri Besar itu yang sebelum ini berkeras tidak mahu keluar dari kediaman Menteri Besar kerana mendakwa ia simbol kerajaan negeri yang sah akhirnya akur dengan arahan supaya mengosongkan kediaman tersebut.

Menurutnya, beliau terpaksa melupakan hasrat untuk terus tinggal di kediaman rasmi yang turut dijadikan 'markas pembangkang' apabila menerima sepucuk surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim yang memintanya berbuat demikian.

Malah, Mohammad Nizar mengesahkan beliau turut dihubungi oleh Abdul Rahman pada petang ini untuk memaklumkan perkara tersebut.

Sumber: Utusan Online

Oh adakahku sedang bermimpi?!?

This is SO funny. Apa yang Saudara Ir Nizar perlu insafkan, perlu sedarkan pada pandangan mata anda, wahai MB kerajaan haram?

What, just because he is holding on his own rights, and then letting it go because he was not in for the 'childish quarrel against the kediaman rasmi' game, then you think he's, what, sudah insaf? *pening* Sudah insaf against what?!?

This is SO berputar-putar belit. Konpius den, konpius! *Pergi dapur cari panadol*

Thursday, February 12, 2009

For Yours Truly Only

I know these videos are so last year. I just want to keep them so that I can view them over and over again.







Source: YouTube of course

Culik Diculik

Wahai BN. Sudah-sudahlah culik ADUN kepimpinan PR. Takde kerja lain ke selain nak menculik and mengugut orang? Fokus pada kerja-kerja sendiri yang (supposedly) berlambak-lambak tu boleh tak?

Bosan dan sakit sangat hati bila baca spekulasi-spekulasi tentang ADUN sini 'hilang' and then ADUN sana pulak sanggup letak jawatan sebab tak tahan diugut, dipaksa dan di'dera' secara psikologi. Are we Malaysians REALLY that shallow? Or it's just the pemimpin kerajaan pusat?

Satu lagi, perasan tak, dulu-dulu selalu je ada pemimpin-pemimpin luar dari Malaysia datang melawat. Sekarang, haram la jarang dah dengar. Apa sudah jadi dengan hubungan luar kita? Negara luar sudah boikot secara diam-diamkah? Bagus, bagus.

Itu sahaja.

Wednesday, February 11, 2009

Mengenang Nasib

Apalah daya kita rakyat biasa kan? Hanya mampu mengecam dan mempersoalkan tindak tanduk kerajaan yang jelas tempang di merata-merata dan segenap segi.

Rasa nak rampas bisnes orang, settle. Lepas tu guna la apa-apa alasan pun, logik tak logik belakang cerita. Setakat undang-undang and enforcer tu tak kisah la, boleh dibeli.

Kadang-kadang terfikir, dari mana datangnya pemimpin-pemimpin BN ni? Kenapa mereka boleh terpilih out of many people in this country?

Dan juga apa sebenarnya kriteria yang tepat untuk dipilih? Pandai berdebatkah? Manis mulutkah? Or simply 1st class honor in political studies sudah memadai?

Yang pasti, kadang-kadang saya rasa, senaif-naif saya yang baru menjejak usia 26 tahun 2 bulan ini, IQ dan sifat kemanusiaan saya adalah lebih tinggi lagi daripada mereka-mereka yang berkenaan.

For example, TV3 news. Oh God sungguh la terserlah ke'bias'annya. Adil ke namanya tu?

Huh!

Saya tahu, ramai yang sedar. Kalau sedar, tahniahlah. Anda juga bijak seperti saya hahaha. Kalau belum sedar tu, sedar-sedarkanlah diri anda.

Tuesday, February 10, 2009

Ironic

Isn't it ironic? Di saat-saat hak-hak kita diragut dengan rakus, dengan kejam, Allah tunjukkan jalan untuk kita buktikan bahawa hak kita tetap hak kita.

Who knows what God's plan for all these, right? Siapa tahu? Anda tahu? Saya tidak tahu, mana mungkin anda manusia biasa seperti saya lebih tahu. Or mungkin berlaku tetapi siapa yang mampu melawan Qada' dan Qadar-Nya?

Al-fatihah kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak. Out of many Ahli Parlimen out there, mengapa wakil rakyat Perak jua yang pergi dahulu? Itulah kebesaran Allah. Planning Allah itu memang sentiasa CUN. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin it's about time He made you Najib paid cash. And I can't wait.

Jadi apa kita tunggu lagi. Yang pergi tetap pergi. Kita yang tinggal ni marilah sama-sama berganding bahu, bersatu untuk melawan kezaliman persis puak Zionis-Israel yang kejam itu. Siapa lagi kita nak harapkan kalau bukan kita sendiri mulakan? Berhenti mengharapkan orang lain - it's about time kita angkat senapang sekali (ok ini adalah gurauan sahaja) One person can make a lot of difference, hold on to this.

But quite honestly, I'm shocked. This is becoming more and more interesting to watch and follow. Who knows, right? Who knows.

Allah itu Maha Adil. Setiap kejadian ada hikmahnya. Semoga kezaliman BN & Najib akan hilang dan terhapus ditelan arus gelombang reformasi yang lebih kuat lagi, InsyaAllah.

Monday, February 9, 2009

Isu Kebajikan Rakyat

Ok ini ada beberapa points yang saya dah lama rasa pelik tapi tak tau kat mana silapnya.

1st, tentang isu pembahagian tanah kepada masyarakat Cina miskin di Perak. Amboi-amboi BN bila bercakap tentang perpaduan umat berbilang kaum bukan main lagi. Tapi cakap pung pang pung pang tapi bila bab praktis hampas apa guna?

So, ok. Kita hidup berbilang kaum, fine. Jadi apa salahnya pada fikiran anda semua, jika pemimpin PR di Perak berlaku adil kepada mereka yang mereka rasakan berhak? I'm sure they have done their homework and MB Ir Nizar is a VERY good leader, indeed. Terserlah sifat kepimpinan beliau hatta dari airmukanya sendiri boleh dilihat.

BN cakap macam bagus, itu yang tanah kat JB yang banyak depa jual kat Singapore tu apa kes? Of course benda ni saya ketahui pun melalui media alternatif, tapi kalau rakyat JB sendiri kurang pasti tentang motif projek-projek mega tertentu ... kenapa begitu ya? A lot of things to hide and a lot of explanation they owed.

2nd, tentang projek berpusat penternakan babi di Selangor pulak (I know this is outdated topic, but who cares) Aduhai kata kita hidup bermasyarakat berbilang kaum kan (reiteration of a point, I know) and kita pun tahu babi ni bukan diternak di Selangor je, seluruh Malaysia ada ok. Jadi apa motif bantahan sebenarnya oleh BN ni kalau tidak untuk memprovoke rakyat supaya meluat dengan PR? Oh not me ok, I'm well educated enough not to be fooled. I see no big problem, in fact it is better what ... more controlled environment and more focused waste accumulation. Belajar-belajar la hidup bermasyarakat yang sebenar, and sudah-sudahlah provoke kami, wahai media perdana. Pergi siasat kat Melaka pulak, jangan dok fokus Selangor je, nampak sangat anda berat sebelah haha.

Itu sahaja yang teringat. Ada lagi nanti saya tambah.

Apa Kena Karpal Singh ni?

Pelik la saya dengan Karpal Singh ni. He's part of PR, tapi buat press conference sorang-sorang, bagi kenyataan merangkap his own personal opinion as if he's talking on behalf of the rest of the PR members, and yang bertambah-tambah pelik lagi, dia siap kutuk almost semua member of his own party pulak tu.

Mana pergi semangat perjuangan bersama-sama dia ni? Kalau ada hal dalam rumahtangga, settle senyap-senyap la, hang pi canang satu Malaysia buat apa? Lagi bagi modal untuk BN alih perhatian lagi ada la. Tak ke stupid namanya tu?

Saya rasa dia ni nak glamour sorang-sorang ni. Nak semua orang tahu yang dia ni hebat sangat. But for what? For his own satisfaction? Apa dia dapat lepas tu?

Ni saya nak suggest, better dia ni keluar DAP and buat party sendiri je la, senang. Dia nak buat rule or base apa-apa, ikut dia. Tak payah nak susah-susah nak buat PC kalau ada benda yang tak kena di mata dia. Then kita tengok ada orang nak join ke tak ha ha ha ha.

Silap-silap, belum setahun, bungkus beb.

Friday, February 6, 2009

Bedil Masjid?

Ini sudah melampau. Adakah kepimpinan BN sekarang ini layak kita kelaskan setaraf dengan rejim Zionis-Israel?

Huh!

Ketahuilah bahawa Allah itu Maha Adil. Doa umat yang teraniaya sampai terus takde roadblock, takde Ipoh-toll-block dah.

Semoga kamu N a j i b mendapat balasan CASH di atas kezaliman, ketidakadilan dan kerakusan terang-terangan ke atas kami rakyat yang lemah dan serba kekurangan ini. Duit banyak sangat buat apa? Bukan boleh bawak mengadap yang Maha Esa. Silap-silap, mahligai di Pekan ranap ditelan bumi nanti muahaha.

Maaf jika terkasar bahasa.

Jahanam BN

I am just a normal rakyat; I have no power to rule, not enough money to even buy a brand new car cash and moreover to buy an ADUN.

But what I have is a sane mind, healthy spirit and smart brain.

From what I've seen, it's OBVIOUS. BeeEnd is totally pig negara and penjahanam masa depan negara. Di saat negara-negara lain bertungkus-lumus memikirkan tentang bagaimana caranya untuk me'minimize'kan kesan ekonomi global ke atas mereka, pemimpin-pemimpin tertinggi negara kita (layak ke dipanggil pemimpin, saya rasa macam perlu dipimpin je) SIBUK fikir poket sendiri je.

Saya MARAH. Saya tak tahu kenapa saya betul-betul MARAH. It's like sebahagian daripada hak dan maruah saya dicabul dengan rakus dan tidak berperikemanusiaan. Di mana kata-kata ingin memperjuangkan hak-hak dan nasib rakyat? Di mana demokrasinya? This is not your country, N a j i b. This is OUR country. Kau hanya anak bekas pejuang negara dan yang pastinya kau tu sebenarnya sama sahaja, tetap insan biasa, tetap makhluk Allah yang pasti ajalnya.

Ketahuilah bahawa saya TIDAK menghalalkan segala kezaliman yang telah engkau lakukan yang telah directly or indirectly terkena tempiasnya kepada saya. Saya BENCI pada kau, pada keturunan kau, pada segala tindak tanduk kau dan sekiranya kita berjumpa di Padang Masyar nanti, jangan harap kau akan terlepas dengan mudah. Betul, sebagai umat Islam, sifat pemaaf adalah perlu. Tetapi jikalau hati sudah terlalu terluka, sungguh, TIADA MAAF BAGIMU.

PRU-13, I'm with you, P A S, InsyaAllah.

And I REALLY can't help myself but to say this...

*toot* *toot* *toot*!

Sorry, but it's true. Bagi saya, dia adalah lebih JIJIK daripada *toot* itself. Jijik, kotor dan zalim. It makes me wonder, neraka tingkat mana la tempatnya nanti.

Rambut uban dah memutih, tapi hati masih gelap, masih kotor, masih hina. Huh!

Huru Hara

Britain huru hara sebab salji.

Kita huru hara sebab BN.

Boikot

Sekarang ini saya bukan sahaja akan boikot McD dan sekutu-sekutu Israel-America yang lain, malahan saya juga akan boikot Siaran Berita TV1, TV2 dan TV3 serta akhbar-akhbar perdana seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia.

Betapa sakit dan sedihnya hati saya tentang perkembangan di Perak sekarang. Jijiknya saya dengan kerakusan dan kebodohan pemimpin-pemimpin UMNO. Apa mereka ingat rakyat buta ke untuk menilai?

It's ok, all. We still have PRU-13. Justice will prevail, someday.

0 - 1

We lose now.

But we'll win big later.

Time will heal. And time will also kill.

Thursday, February 5, 2009

Update 5 Feb

Saya dah agak dah Sultan mesti side BN punya.

Yang depa tergopoh-gapah sangat nak declare cepat-cepat MB baru tu kenapa? Sabar je la sikit lagi pun. Bukan lari kekayaan Perak itu kau nak kejar sangat.

Soul & Body Konon

"Bebas tapi jiwa pada BN".....?!?!

What the hell are you talking about, boy? Jiwa? Do you really have a jiwa?

More like a dirty soul to me.

Oh please la. Just tell us how much did you get from them. Enough with the lies, it's too obvious.

Source here.

Wednesday, February 4, 2009

Defeated?

I'm SO anxious now to know about the recent event happening in Perak State. Is there any hope, anyway?

Anda sedar tak, yang pemimpin kerajaan pusat sekarang ni sebenarnya lebih kurang sama macam kepimpinan Zionis-Israel? Sedar tak? Mereka tidak pernah mementingkan hak rakyat, semua tu hanya kata-kata manis di bibir saja. Mereka hanya mahu kuasa, kuasa dan kuasa. Setiap hujah disebalik logik serangan mereka adalah sangat bodoh sampai saya pelik kenapa pemimpin-pemimpin dunia boleh buat dek je. Takut sangatkah kepada sekutu Amerika?

Betul ke pemimpin kerajaan kita mengamalkan sistem demokrasi? Betul ke badan kehakiman, SPR kita betul-betul BEBAS? Kalau betul, kenapa Ramlang disingkir sebegitu rupa? Kenapa masih ada dakwaan-dakwaan beserta bukti kukuh bahawa undi hantu or wujud ramai manusia berumur lebih 100 tahun di negara kita? Kenapa saya rasa setiap tahun sama je keadaan kita, tak pernah pun terasa impact disebalik budget berbillion-billion. And cuba korang dengar berita, tak rasa ke ke'bias'annya? Bodohlah kalau tak boleh detect. And bodoh serta ignorant la anda semua kalau rasa mereka itu ADIL. Nampaknya cerita pusat tadika kena locked lebih penting daripada isu Altantuya kita yang tak habis-habis lagi, hai pelik pelik.

Saya dah muak dengan permainan politik kotor macam ni. Saya muak dengar hujah-hujah bodoh mereka. Saya bukannya bodoh untuk diperkotak-katikkan sebegitu rupa. Sebab itu idea saya semakin lama semakin condong ke side yang benar. Sebab mostly bila mereka berkata-kata, banyak yang logiknya. Bila tak perlu, mereka takde mereka-reka cerita. Bukankah diam-diam ubi berisi itu lebih baik? Bila salah, buat pengakuan dan permohonan maaf secara terbuka. Pernah ke dengar Pak Lah ke, Najib ke minta maaf kat kita semua? Heh, jangan haraplah.

Cukup-cukuplah Najib. Hang tu bukan makin muda, suka-suka hati buat negara ni macam negara kau yang punya. Makan komisyen sampai ratus juta, rasa nak bunuh orang, kau letupkan je. Jangan sebab bapak kau pemimpin tersohor, kau anggap kami semua patut sembah kau and BN. I'm sick of it. Sick to the freaking core.

Maaf kalau entry ini agak pedas.