A Warm Welcome from the Blog Owner

Hello readers. Welcome to my blog.

This blog mainly contains my very personal and humble opinion on any possible issue and topic that comes to my knowledge and interest to write and blog about. It can be politics, gossips or anything. I'll decide. If you don't like what I write, then you're free to either leave a comment or just leave.

Feel free to share your witty thoughts and opinion. I don't mind, really. But please be nice. I will not tolerate and approve any hate, harsh or sensitive comment.

Have a nice day.

Anonymous.

Friday, March 27, 2009

I Might Be Late, But It's Never Too Late

Yes, it never is, at least for me it is.

A few days ago, I stumbled upon this movie that I bought very cheap somewhere in KL. It's technically illegal but who cares now? As long as you can grab any pleasure at the cheapest rate you can get, just go for it. If they care, they are already on their ways to perish all the black markets. But unfortunately, they don't. And for us, the rakyat, to suffer most of the times, this guilty pleasure is exactly what we need.

Apa la saya merepek ni ye? ;-)

Anyway, back to my main point.

Kewujudan filem 'Changeling' adalah sudah lama diketahui umum termasuk saya. Unfortunately, oleh kerana mencatu perbelanjaan harian serta masa yang kurang mengizinkan, jadi saya sudah terlepas filem ini, filem yang menjadi sebutan ramai.

Alhamdulillah, malam semalam saya berjaya habis menonton filem ini dengan khusyuk dan minda yang separa terbuka. The minute it hit the right spot, I immediately thought of the current condition in Malaysia.

Cerita ini berkisar tentang seorang ibu yang menuntut haknya sebagai rakyat biasa untuk mendapatkan semula anaknya yang hilang entah ke mana. Seperti rakyat biasa yang lain, yang bergantung harap kepada pihak berkuasa yang sepatutnya menjalankan tugas kerana niat yang ikhlas dan jujur, dia telah ditidakkan haknya. Malah, dia telah diseksa, dihina dan diherdik, hanya kerana dia mahukan pihak bertanggungjawab untuk tidak berhenti daripada mencari anaknya yang hilang, kerana setiap saat itu adalah berharga, setiap saat yang diabaikan boleh mengubah segala-galanya. Hakikatnya, dia telah menjadi mangsa, walaupun sebaliknya, she's harmless and helpless like the rest of us.

Sungguh, setiap kali saya menonton kekejaman pihak berkuasa di dalam cerita ini, terus di minda saya menghubungkannya dengan situasi yang sedang kita alami di Malaysia sekarang ini. Tiba-tiba saya boleh membayangkan tentang situasi ahli keluarga individu-individu yang telah ditidakkan haknya dan akhirnya merengkok di Kem Kamunting tanpa dibicarakan terlebih dahulu. Tiba-tiba, saya terus rasa marah, rasa sakit hati yang membuak-buak dan rasa hiba, dengan situasi yang semakin meruncing sekarang ini. Masya Allah.

At the end of the story, justice prevailed, justice has been served. Berkat kerjasama yang tidak terperi hebatnya, pihak berkuasa yang corrupted telah dihukum.

Berdetik di hati saya, YES, ini yang kita perlu lakukan. Bersatu padu menentang kejahatan, kezaliman, biar apa jua yang datang, percayalah, at the end, justice will prevail. Jangan termakan hasutan musuh, atau umpan habuan wang ringgit yang menjanjikan kesenangan duniawi semata-mata. Kita perlu bangkit, this is OUR COUNTRY, not theirs. Kita perlu bersatu, bersama-sama, until the very last drop of our blood.

Amin.

Thursday, March 26, 2009

Akhirnya, Kemenangan Berpihak Kepada KJ

Semalam seharian saya tidak berapa keruan. Pertama, kerana perut memulas-mulas, mungkin salah makan. Dan yang kedua, tidak sabar-sabar rasanya hati ingin mengetahui siapakah yang bakal memenangi battle of the Youth UMNO Leader.

Di dalam akhbar, heboh dikatakan keputusan akan diumumkan tepat jam 9 malam nanti. Jadi menunggulah saya di depan laptop sambil layan Diari Akademi Fantasia di TV (Note: I don't watch news at TV anymore. Internet is enough)

Tidak sabar rasanya ingin mengetahui. Mukhriz kah? Khir Toyo yang poyo kah?? Atau si angkuh, bongkak, sombong dan samseng Khairy kah? Almaklumlah, cerita ni dah bermain-main di dada akhbar, internet for the last several months! Ini sudah semestinya kemuncak yang menarik!

I kept on clicking Utusan Online, MalaysiaKini and Harakahdaily as well. Tapi lebih kepada Utusan la sebab biasa la berita-berita macam ni mesti ditunggu-tunggu punya. Kira macam goreng pisang panas la, berebut-rebut dia nak publish. Lainlah kalau berita baik kepada pihak pembangkang, kan? Ala dah masak sangat la dengan permainan diorang ni, ingat saya sebagai generasi separa muda ni bodoh sangat ke?

Pukul 9pm, nada. Pukul 930pm macam tu check, hmm ok Shahrizat dah dapat dia punya title sudah. Menang besar dia ye. But that's not the news that I was looking for. Itu macam sudah di-predict pun.

Pukul 10pm check lagi. Tiada.

Pukul 11pm, sama jugak.

Alih-alih pukul 1115pm kalau tak silap saya check lagi, WAH KJ MENANG SIOT!

Oh my God, terkesima sekejap saya. Biar betul ni?!? Mati-mati saya ingatkan Mukhriz. Termenung kejap, memikirkan kelogikan fakta ini huhu.

Si angkuh ini menang? Si perasuah ini menang? Si pemuda yang tidak disenangi rakyat ini menang?

Pelik betul la dengan attitude dan pendirian ahli-ahli U M N O ni. Serius pelik sungguh!

Walau apapun, jika dilihat kepada calon-calon Ketua Pemuda yang lain, hmmm macam memang lebih baik bagi pada KJ je hihi. No offense, though!

Friday, March 20, 2009

Sistem Penentuan Pemenang F1 Bakal Diubah Untuk Format Tahun Ini?

Oh no! Tidak!!! Kenapa kena tukar? Ini sungguh tidak adil!!!

In Kosmo newspaper today, they mentioned that a new format for deciding and determining the overall winner will be established and used for this year, oh no! Previously it is based on overall championship points, regardless of how many times you screwed up the whole year.

Now, it'll be based on how MANY championship you won throughout the year! Oh ini tidak adil!!! Like, seriously, where's the fun in it?

It's like so unfair for those who never won any championship at all, BUT, somehow managed to gain point (in other words be in the top 8) and be on the overall top, and so unfair too for those who always showed inconsistent and unpredictable performance and result. Oh tidak adil, tidak adil!

Kenapa mesti kena tukar ni? Haih.

Wednesday, March 18, 2009

How Telus is YOUR Telus Dear TPM?

KUALA LUMPUR 17 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan sentiasa komited kepada pentadbiran yang berprinsipkan keterbukaan dan ketelusan kepada rakyat apabila mengambil alih pucuk pimpinan negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keyakinan rakyat terhadap kerajaan akan terbina kukuh sekiranya kerajaan berusaha untuk bercakap benar.

“Pada prinsipnya saya berpendapat bahawa sebagai sebuah kerajaan kita mesti memupuk kepercayaan rakyat dan bersikap telus agar rakyat yakin pada kita,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan salah seorang peserta Persidangan Agenda Integriti Nasional Penilaian dan Hala Tuju di Institut Integriti Malaysia (IIM) di sini hari ini.

Mengenai rasuah, Najib tidak menafikan bahawa usaha perlu untuk membentuk sebuah masyarakat yang bersih daripada gejala itu.

Beliau berkata, masyarakat yang bermoral lagi berintegriti merupakan satu perjuangan yang perlu dijadikan budaya secara menyeluruh.

“Dalam usaha kita untuk memperjuangkan sebuah tamadun yang berjaya, faktor yang amat penting sekali ialah kualiti modal insan,’’ ujarnya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, amalan nilai-nilai murni perlu menjadi asas dalam kehidupan seharian agar sikap tamak haloba yang boleh mendorong kepada perbuatan rasuah dan salah guna kuasa, dapat dielakkan.

Najib turut menyeru sektor swasta dan awam memberi keutamaan kepada integriti dalam soal pemilihan kakitangan.

“Kita mungkin rasa serasi kalau orang (pekerja) itu setia kepada ketua tetapi jika orang itu tidak ada integriti, dia boleh menyebabkan ketuanya jatuh,’’ tegasnya.

Beliau berkata, dalam aspek pelantikan kakitangan mahupun pertukaran pegawai, elemen penting yang perlu diberi keutamaan ialah integriti, kemampuan dan penerimaan.

Sumber: Utusan Online

Honestly, these are all bullshit.

And oleh kerana dia bercerita tentang ketelusan ini semua, jadi in a way, betul la kan, kira dia admit la juga yang pentadbiran sekarang penuh dengan tipu helah, belit-membelit fakta and penuh kepura-puraan semua, kan?

Hish saya betul-betul dah bosan dengan kenyataan-kenyataan macam bagus ini semua! Betul-betul muak!

Saturday, March 14, 2009

Perlu ke Penghargaan Sebegini Sekali?

Maaf jika buah fikiran saya ini salah di sisi hak individu atau syarikat tertentu. But I still want to write about it anyway because personally I think it is really annoying.


Oh perlu ke ucapan terima kasih sampai satu page semata-mata kerana membentangkan mini budget?!? Why not bagi ucapan terima kasih ONLY AFTER semua implementation telah dilaksanakan dan BERJAYA? Sebab setakat pembentangan, saya pun boleh. Modal air liur je kan? Duit entah ada entah tidak. Menambahkan bebanan hutang untuk generasi akan datang je pandai huhu.

Friday, March 13, 2009

Negara Islam Tapi Bergantung Kepada Hasil Cukai Judi!

I bought Suara Keadilan today as a so-called replacement for Sinar Harian dosage (as I couldn't find it; either sold out or sudah kena rampas haha)

Front cover: NAJIB LULUS 10 LESEN JUDI.


Mak aihhhh terperanjat denn! Reason being? Untuk tampung ekonomi negara, like what the *toot*, ni?


Ini negara Islam, bukankah kita adalah antara contoh kepada negara-negara Islam yang lain? Pembangunan dan pemodenan apakah ini jika ekonomi kita bergantung kepada sedikit sebanyak kepada industri judi? We are not JEWISH yang belasah saja semua benda.

I understand that we're multicultural, multiracial and multi segala benda la. But we're Islamic country, cuba pantau sikit perkembangan perjudian ni boleh tak? It's not that non-muslim sahaja yang boleh bertaruh and berjudi malahan sekarang ini memang telah sedia diketahui oleh semua orang bahawa orang melayu (yang terang-terang Muslim) juga relax je, muka tebal je beratur sama beli tiket. Where's your stand, dude?


This is too much! Negara kita kaya dengan hasil bumi, daripada getah, kelapa sawit ke minyak petroleum sekali! Besar mana la sangat negara kita ni, jika hendak dibandingkan dengan negara-negara besar yang lain! Takkan itu pun susah nak manage? Pelik betul saya, sampai kita kena bergantung kepada hasil judi. Huh, memalukan sungguh jika diketahui oleh rakan-rakan Muslimah saya di luar negeri.

Apa kita nak buat sekarang ini, ye?

Wah Syabas Tuan Pengerusi!

Wah terperanjat manusia saya! Baca Harakah Daily sungguh tak sangka! Macam ni saya pun nak kerja Syabas huhu.

Gaji sebulan Pengerusi Syabas sampai RM425,000 sebulan, you! Pergh, meleleh air liur dengar. Kerja sebulan (itu pun kalau dia memang diberikan kerja la, entah-entah gaji buta je) dah dapat beli rumah kat area Damansara, cash! Isk, indahnya hidup.

Bak ulasan Harakah la, kalau diagihkan duit tu kepada rakyat, berapa ramai rakyat yang dapat menyara keluarganya, kan? Berapa ramai yang menganggur akhirnya dapat menikmati secebis nikmat hidup berkerjaya, kan? Pergh, serba serbi indah la pada fikiran saya, seorang rakyat yang kerdil dan tiada kuasa ni.

Inilah penindasan yang sebenar dan penuh ketidakperikemanusiaan. Itu pun masih tak habis-habis nak kikis lagi duit rakyat yang tak seberapa adanya ni. Hish, panas betul hati bila diingatkan kembali!

Sinar Harian Habis Sokmo Sekarang!

Saya suka membaca. Tetapi oleh kerana akhbar-akhbar tempatan sekarang hampir semuanya sudah senget condong melampau-lampau, jadi sekarang saya lebih sekadar membaca online sahaja sebab tidaklah terasa pembazirannya hatta RM1 sekalipun.

Tetapi sejak Sinar Harian declare yang mereka akan adil, saya pun cubalah membeli satu, ingin juga tahu berapa benar kenyataan itu.

Hmmm, not bad. At least ada la berita yang sedap dibaca and tidak kedengaran berat sebelah sangat. Even komen editor juga seperti pandangan seorang yang neutral. Jadi sekarang, kalau terasa nak membaca suratkhabar, saya akan pasti hanya akan membeli Sinar.


Sudahlah murah, sungguh berbaloi sekali pada pandangan saya! And lately I realized that it's becoming 'goreng pisang panas' item. Kalau beli lambat sikit, licin!

Bagus, sudah semakin ramai yang prihatin nampaknya.

Tuesday, March 10, 2009

Cerita Pembentangan Budget Part 1

Boring betul dengar Najib bentang mini bajet. Satu, suara dia adalah sangat annoying. Opps yang itu tidak boleh dipertikaikan kerana anugerah Ilahi. Cuma, intonasi suaranya adalah super annoying sebab, hmmm entah ye? Kenapa agaknya kedengaran begitu di telinga saya.

Isi bajet mini saya tak berapa pay attention sebab terasa seperti sama sahaja dari dulu hingga sekarang semuanya hanya kata-kata, implementation nya masyaAllah, VERY poor. Cuma yang menarik perhatian saya, budget untuk industri hiburan sampai RM20 juta? Banyaknya!!! Wait, bukannya saya hendak menidakkan hak mereka, just, BANYAKNYA!!!

Apa kata cilok sikit duit itu buat satu projek betul-betul untuk rakyat, satu projek yang bermanfaat kepada kerajaan DAN yang penting memberi peluang pekerjaan kepada rakyat yang banyak hilang mata pencarian sekarang ni. Ini sampai RM20 juta nak spend kat industri yang lebih banyak laghanya daripada baiknya apsal?!

Lagi satu, menyampahnya bila dengar dia perli pasal suara-suara rakyat yang dok suruh para pemimpin fokus pada ekonomi instead of rebut kuasa etc. Oh my God, siapa yang start dulu? Siapa culik 2 mamat tak guna tu? Siapa, siapa? Muka tebal betul. Suara macam dia seorang yang suci murni padahal tu, *toot*.

Sudahlah. You're the nastiest person in my opinion in this political business. Enough said.

Itu sahaja. Back to work.

Hmm Perlu Ke?

Last weekend saya pulang ke kampung lebih kurang 2.5 jam perjalanan dari KL. On the way pulang, saya dibekalkan dengan air percuma ini.


Bukan tangan saya yang pegang ye.

Oh, rasa macam nak pecah perut saya gelak and geli hati. Membela rakyat? Oh please la.

Oleh kerana rasa jijik betul dengan perkataan dan tulisan-tulisan fake di sticker itu, saya pun cabut terus and campak ke luar. Tak terminum rasa selagi tak buang. Nak pegang pun rasa menyampah opps!


Haa macam ini baru boleh minum.

Saturday, March 7, 2009

Malunya dengan Pemimpin Negara Sendiri!

Malu, malu, malu saya!



I saw this video in biaqpila blog and terus rasa marah dan malu yang teramat sangat dengan pemimpin-pemimpin negara kita dari Parti Bee End (bak kata bloggers) yang my goodness, teramat-amat bangang rupa-rupanya! Yelah, yang patut dibincangkan secara serius, mereka mengelak, isu yang remeh-temeh pulak yang sibuk-sibuk je nak discuss sini sana.

Nanti saya ulas dengan lebih lanjut. Hari ini perlu pulang ke rumah ibubapa dahulu untuk menenangkan hati.

Wednesday, March 4, 2009

I Wish I Was There Myself

Bila tengok kat You Tube video-video tentang krisis politik di Ipoh dan Perak keseluruhannya, tergerak betul hati ini nak join sekali. Teringin sangat nak mendengar dengan telinga sendiri dan melihat dengan mata sendiri. Tapi masalahnya banyak nanti. Di mana saya nak tinggal, satu antaranya. I am not a rich person, at least not yet. So spending money wisely especially in this current economic situation is VERY important to me. And I am not in the state of can easily go to Ipoh and stay as long as I want in order to pursue my wish.

Hmm sometimes I wish I am one of the reporters who is fully covered. I mean, in terms of accomodation and all. Bestnya! But I have no talent at all in reporting and writing so-called intelligent articles related to politics, especially that I was one the people who learnt and scored A1 in SPM History subject just for the sake of owning the grade, not the knowledge. Agak menyesal sikit-sikit kerana tidak berusaha dengan lebih tekun dan gigih untuk mendalami sejarah negara sendiri huhu. But it's never too late, right?

Oh well. Apa la yang saya merepek di siang hari ni?

Rancangan Hujah di TV9

Part 1



Part 2



Part 3



Part 4



Lihatlah betapa emo nya si Zahid Hamidi tu hahaha. Lawak, lawak. Kalau saya emo takpe lagi sebab kaum wanita kan, berdarah muda pulak tu huhu. Ini tidak, he is supposed to be the role model, what? Kata pemimpin, nama pemimpin. Cait, apa kes ni? Marah bebenonya nampaknya dia dengan kerajaan PR di Perak yeeee? Sudah lega ke dapat lepaskan di kaca TV?

Isk isk isk, pecah perut saya and sungguh geli geleman sekali.