Saya ada terbaca somewhere, yang kerajaan bercadang nak turunkan harga minyak lagi. Eleh, standardlah, dekat2 nak pilihanraya kecil, macam2 lah usaha 'purak-purak prihatin' mereka nak tonjolkan. Lagipun, bukan mereka rugi apa pun turun harga, setakat seposen dua. Bukankah mereka dah kutip roughly RM16,000,000 sehari sekarang?
RM16,000,000 banyak oooo. Tengoklah berapa banyak kosong belakang.
Satu hari pulak tu. Imagine berapa banyak keuntungan (persendirian) depa dok dapat sekarang ni. Itu yang boleh lah depa nak cakap kerajaan stabil la yada yada yada.
Cakap berbelit-belit, pening saya!
Anyway, saya ada juga terbaca yang si menteri perdagangan tu nak propose untuk set harga minimum. That means tak kiralah berapa harga crude oil sedunia pun, harga minyak dalam Malaysia ni, paling kurang takat tu jer lah.
Tau tak berapa harga minimumnya?
RM1.80.
What the *toot*.
Sumpah, saya dah lemas dengar penipuan demi penipuan, dolak dalih demi dolak dalih yang depa dok sebarkan dalam surat khabar and berita terutamanya. Kami rakyat bukan bodoh! Kami ada otak, entah-entah otak kami lebih bergeliga lagi daripada Menteri2 yang ada sekarang.
Sudah-sudahlah. Belajarlah memimpin dengan ikhlas, adil dan saksama. Sudah-sudahlah putar belit alam. PRU-13 semakin lama semakin dekat, kubur pun semakin hari semakin galak berkata mari. Beringatlah sebelum terlambat.
BINALAH MASA DEPAN DENGAN PENUH KEGEMBIRAAN
1 hour ago
No comments:
Post a Comment