Semalam seharian saya tidak berapa keruan. Pertama, kerana perut memulas-mulas, mungkin salah makan. Dan yang kedua, tidak sabar-sabar rasanya hati ingin mengetahui siapakah yang bakal memenangi battle of the Youth UMNO Leader.
Di dalam akhbar, heboh dikatakan keputusan akan diumumkan tepat jam 9 malam nanti. Jadi menunggulah saya di depan laptop sambil layan Diari Akademi Fantasia di TV (Note: I don't watch news at TV anymore. Internet is enough)
Tidak sabar rasanya ingin mengetahui. Mukhriz kah? Khir Toyo yang poyo kah?? Atau si angkuh, bongkak, sombong dan samseng Khairy kah? Almaklumlah, cerita ni dah bermain-main di dada akhbar, internet for the last several months! Ini sudah semestinya kemuncak yang menarik!
I kept on clicking Utusan Online, MalaysiaKini and Harakahdaily as well. Tapi lebih kepada Utusan la sebab biasa la berita-berita macam ni mesti ditunggu-tunggu punya. Kira macam goreng pisang panas la, berebut-rebut dia nak publish. Lainlah kalau berita baik kepada pihak pembangkang, kan? Ala dah masak sangat la dengan permainan diorang ni, ingat saya sebagai generasi separa muda ni bodoh sangat ke?
Pukul 9pm, nada. Pukul 930pm macam tu check, hmm ok Shahrizat dah dapat dia punya title sudah. Menang besar dia ye. But that's not the news that I was looking for. Itu macam sudah di-predict pun.
Pukul 10pm check lagi. Tiada.
Pukul 11pm, sama jugak.
Alih-alih pukul 1115pm kalau tak silap saya check lagi, WAH KJ MENANG SIOT!
Oh my God, terkesima sekejap saya. Biar betul ni?!? Mati-mati saya ingatkan Mukhriz. Termenung kejap, memikirkan kelogikan fakta ini huhu.
Si angkuh ini menang? Si perasuah ini menang? Si pemuda yang tidak disenangi rakyat ini menang?
Pelik betul la dengan attitude dan pendirian ahli-ahli U M N O ni. Serius pelik sungguh!
Walau apapun, jika dilihat kepada calon-calon Ketua Pemuda yang lain, hmmm macam memang lebih baik bagi pada KJ je hihi. No offense, though!
KISAH GAJAH DAN HARI IBU
3 minutes ago
No comments:
Post a Comment