A Warm Welcome from the Blog Owner

Hello readers. Welcome to my blog.

This blog mainly contains my very personal and humble opinion on any possible issue and topic that comes to my knowledge and interest to write and blog about. It can be politics, gossips or anything. I'll decide. If you don't like what I write, then you're free to either leave a comment or just leave.

Feel free to share your witty thoughts and opinion. I don't mind, really. But please be nice. I will not tolerate and approve any hate, harsh or sensitive comment.

Have a nice day.

Anonymous.

Tuesday, December 16, 2008

Kereta Kita vs Kereta Mereka

Saya bukan nak kutuk Proton atau mana-mana kereta buatan nasional kononnya. Cuma saya ingin berkongsi pandangan peribadi saya dengan anda semua.

Bayangkan, Honda dari masa ke semasa, sentiasa berjaya memukau pandangan dan sentiasa berjaya menggamit perhatian peminat-peminat kereta, dengan design-design yang semakin cun dan menarik serta anggun menawan, disamping memperkenalkan teknologi-teknologi baru yang lebih jimat minyak serta environmental friendly.

Contoh, Honda Civic. Jika nak banding Civic 80-an dengan 8th Gen Civic yang keluar 2006 dulu, memang sangat ketara perbezaannya. Dari segi aspek rekabentuk luaran dan juga teknologinya, tiada siapa boleh menyangkal memang yang baru lebih menyerlah dan lebih wow! And even though they've brought out the best design that anyone can ever imagine of, they somehow never satisfied! They kept bringing out new 'upgrade', be it merely facelift pun.

Proton pulak, aduhai sedihnya. Walaupun tidak dinafikan memang ada sedikit sebanyak perbezaan contoh Proton Saga dan Proton Saga BLM yang baru keluar tu, tetapi, apalah sangat kalau ianya cuma diambil chasisnya daripada pengeluar kereta yang lain! Lepas tu, dalam masa berpuluh-puluh tahun, ada berapa sangat je model baru yang keluar. Boleh kira dengan jari beb!

Bukanlah saya hendak bersikap TIDAK PATRIOTIK *yawn* Yelah, sesetengah orang kita kan sensitif sikit kalau kita sentuh bab-bab produk keluaran Malaysia ni. Cuma, engineer Proton ramai kan? Apa diorang semua buat especially department R & D?

Again, I reiterate and re-emphasize, saya bukan nak kutuk lebih-lebih. Cuma sekadar ingin berkongsi pandangan. Kenapa kereta buatan kita adalah BUKAN sepenuhnya buatan kita. Dah berapa tahun Proton menapak, takkan masih tiada kesedaran untuk start from scratch? Proton MPV yang bakal keluar tahun depan pun guna chasis MPV lain.

Malaysia Boleh, kan?

No comments: