A Warm Welcome from the Blog Owner

Hello readers. Welcome to my blog.

This blog mainly contains my very personal and humble opinion on any possible issue and topic that comes to my knowledge and interest to write and blog about. It can be politics, gossips or anything. I'll decide. If you don't like what I write, then you're free to either leave a comment or just leave.

Feel free to share your witty thoughts and opinion. I don't mind, really. But please be nice. I will not tolerate and approve any hate, harsh or sensitive comment.

Have a nice day.

Anonymous.

Friday, May 29, 2009

Alamak Gelaran Ir Pun Nak Kecoh Ke?

Itulah, kalau dah namanya manusia PHD, memang tak lari daripada sifat ingin mengetahui.

Tapi, yang membezakan antara yang cerdik dengan yang tidak, adalah akal. Tapi laa ni akal pun dia pandai manipulate putar belit isu dan keadaan sampai jadi tunggang terbalik!

Ada satu blog ni, oh bukan blog itu bicara sendiri, tapi tuan punya blognya. Dia question tentang gelaran Ir pada DS Nizar. Kononnya, dia check beratus-ratus juta kali kat BEM, tapi nama DS Nizar, yilek. Then dia check la ada sorang ADUN tu, eh ada pulak (wah kebetulan pulak ye!) nama ADUN tu listed.

Aiseh, ini pun jadi isu, ke?

Saya engineer juga, tapi sejujurnya hal-hal berkaitan pemberian Ir ni memang di luar pengetahuan saya. I've heard of it, but I don't know exactly what are the criteria needed to be fulfilled, before you can be awarded. So, saya tak dapat nak ulas panjang. Kelemahan sendiri, sendiri mengaku la.

Cuma, boleh pulak kan, even gelaran Ir pun depa sanggup korek dalam-dalam. Not that it'll give any MAJOR impact to the current situation in Perak, pun. Apatah lagi kepada ekonomi negara yang dengar-dengar di corong radio dan berita perdana macam okkkkk je, walhal hakikatnya hahaha korek sendiri la kat internet or mana-mana sumber yang boleh dipercayai berapa banyak kilang kat Malaysia ni dah tutup. Heh.

Ok itu sahaja. Selamat berhari Jumaat.

Pelik Dengan Permainan Menegakkan Benang Yang Basah

Benang dah basah, nak tegak lagu mana lagi?

Apa kata tunggu dia kering, lepas tu siasat awat dia jadi basah, make sure benda tu tak jadi lagi and then tegakkan la balik benang yang dah kering tu?

You get it?

I admit, I'm not perfect. But if I don't know about something, I won't talk much about it. Or if I talk or blog about it, it'll very modest and very obvious that I don't know much about it. Unless, I'm sharing my opinion, that's different.

Jadinya, kadang-kadang tu saya pelik la, kenapa orang suka tulis something yang faktanya terang-terang salah, tapi sedaya-upaya dia olah balik cerita tu, jadi something yang totally opposite the result, that resembles what he or she wants it to be instead. Apsal jadi itu macam?

Hoi duduk diam-diam jangan kasi kepala orang pening boleh tak?

Or you might as well just tell me to quit reading the blog and just ignore it. Haha.

Ok I get it, I get it.

Hujah Tak Jadi Sebab Apa?

... Sebab Zahid Hamidi tarik diri la! Ezam tu siapa?

That's all. Full stop. Ini kenyataan, jangan nak putar belit kenyataan and tuduh pembangkang pulak buat hal.

Memang bodoh bahlul betul la mereka-mereka yang taksub kuasa ni. Marah betul saya.

Fuh relax, relax. Sabar. Sabarrrr.

Yang saya peliknya, Ezam tu sanggup pulak jadi pak sanggup ye. Ok mungkin tak la pelik sangat tapi kalau saya jadi dialah, huih mano nak letak muko den ni! Malu den, maluuuuu. Haha.

Dunia Ini Memang Tidak Adil

PRK Penanti dah dekat. Apa progress kempen calon-calon sekarang, agaknya ye?

Yang pasti, si minah AA tu memang nampak sangat calon undercover ada satu parti barisan tu haha. Baca media cetak perdana je la senang. Terlalu obvious mereka berkempen untuk dia tu.

Why not, instead of menggunakan dan mengambil kesempatan ke atas individu-individu lain yang tidak bersalah (read: innocent rakyat), apa kata tonjolkan kepimpinan diri tu, kalau ada la. Well, for sure terang-terangan kita tahu dia memang takde semangat setiakawan, malahan bab-bab backstabbing untuk kuasa dan kepentingan diri tu memang dialah master haha! So I don't know what's left for that person to be considered as bakal pemimpin rakyat. Sekarang ni pun yang dia sokmo kecohkan, hanyalah konon-konon dia hebat sangat sampai orang PKR sanggup tabur duit sampai berpuluh-puluh ribu untuk tidak mahu dia bertanding. Wah dahsyat kau, makcik! Aura oh aurora sungguh!

On the other hand, somehow, saya rasa calon PKR kali ini macam kurang menyerlah la. Or maybe I was wrong because I didn't really follow any news about him. Clean is good, no doubt, but you have to expose yourself more in order to be recognized and known better, ya. Cuma janganlah cari publisiti murahan macam ada sorang makcik tu haha. Kelakar la.

But to be honest, saya rasa agak seriau sedikit nak mendengar berita keputusan PRK nanti. Sebabnya saya rasa macam ada sesuatu yang tidak kena dan serba tidak mengena tentang PRK yang ini. I hope I am wrong. We need this win.

That's all.

Thursday, May 28, 2009

Ezam di Hujah TV9 Membicarakan Tentang Rasuah Wang

Video 1



Video 2



Lawak gila!

Pendakian Menuju Puncak Gunung Kinabalu

Salam and good day everyone.

I am planning to climb Mount Kinabalu somewhere between today until end of this year in order to complete my New Year Resolution yang tidak berkesudahan dan kesampaian since last year.

Since I'm traveling and climbing alone, and it's widely known that it's cheaper to climb in a group of at least 2 or preferably more people, anyone bothers to grab the challenge and join me? Or at least tolong spread the news.

Roughly, the cost will be like this.

1. Flight ticket
Saya check MAS, for November trip, return ticket will be around RM136 sahaja. Cheap, right? I think so. But this is flight only la since I'm planning to directly go to Kinabalu Park upon touching down KK.

2. Accommodation in Kinabalu Park + Laban Rata + all the meals included + all the fees as well
If we go by 6 people per group, we can split the dormitory bunk beds for RM400 each for 3D 2N.

3. I guess that's all I can think of.

Saya dah lama berhajat nak mendaki gunung ni. Gunung Tahan 10 tahun lepas sudah saya jejaki. Sementara muda lagi (muda la sangat), I think I should do this.


So, leave me an email or just drop a comment to show your interest. And please don't simply play-play with me. This is serious business!

Apsal PRK Manek Urai 14 Julai Hari Selasa?

Suka betul SPR ni buat PRK hari Selasa ye? Haha.

Macam teori saya dulu, jikalau ada kepentingan BN, or ada sebab-musabab konon-kononnya BN boleh menang, pasti PRK akan diadakan pada hari Selasa. Alias, hari bekerja.

Apa punya demokrasi la macamni! Heh!!!


Oh well.

Apa Motif Senyum Kambing Utusan Malaysia Ni?

Hold on! I thought it was Pemimpin Gerakan who initiated the call.

Ni apsal pemimpin pembangkang pulak yang kena ni?


Tak habis-habis nak memburukkan pembangkang. Dasar kerajaan betul!!

Wednesday, May 27, 2009

Debat Ir Nizar vs Zambry: Fantasi atau Realiti?

Biar betik depa nak bagi Zambry and Ir Nizar berdebat di khalayak umum? I was quite a bit shocked!

Well, even though Dr Rais Yatim cakap kena nak kaji ini la itu la, whether akan sentuh isu perkauman ke tak la, but I personally think it won't ever happen. Ever, unless it happens, of course.

Because like I said earlier la, biar betik?

Lagipun kita semua sedia maklum kan, yang pemimpin-pemimpin kerajaan ni cakap memang la pung pang pung pang. Tapi setakat cakap belakang je la, or cakap di khalayak ramai yang disertakan sekali anggota-anggota kerajaan yang sepatutnya berkhidmat untuk rakyat, but instead they were used to menjaga 'keselamatan' mereka pulak. Then bila rasa 'temperature' naik sikit je, mula la tembak gas pemedih mata la ini la itu la. Heh.

Itu satu.

Lepas tu agak-agak PM nak bagi ke approval ni? Well, mungkin dia bagi la sebab dia peduli apa, kan, asalkan periuk nasi dia and balance air muka dia terjaga, sudah. But, still, I don't think so. It'll provoke a lot of negativity in Zambry that'll eventually somehow lead to secrets that shouldn't be told and revealed to the public. Or, he's simply being humiliated for centuries for his 'eagerness to prove that he's the one rakyat wants'.

But if it were to happen, that'll be really nice! Because it'll finally show a partial masculinity of the 'MB Court', because finally, he is willing to fight like a man, or so.

Monday, May 25, 2009

Perlu Ke PKR Sogok Calon Bebas Lain Untuk Bertanding?

Terfikir jugak saya sejenak selepas membaca tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh salah seorang daripada calon bebas di PRK Penanti nanti.

It's like, perlu ke nak bazirkan duit sebanyak itu (RM80,000!) semata-mata untuk mengelak daripada bertembung dengan minah sorang ni?

Dia siapa? Besar sangat ke pengaruh dia? Bagus sangat ke kepimpinan dia? Hebat sangat ke dia sampai macam-macam PKR kena sogok?

Alamak dei, sedangkan di Bukit Selambau yang punyalaaaa ramai calon bebas tu pun takde isu macam ni, takkan tiba-tiba PRK Penanti pulak depa nak buat macamni?

Lagipun macam la banyak sangat duit PKR ada sampai boleh afford nak tabur-tabur rasuah ni, kan? Membazir je! Kalah bermaruah lagi baik!

Isu 'MB Mahkamah' Pun Nak Kecoh Ke?

Alamak dia ni, isu gelaran remeh ni pun dia nak over-react ke?


Sumber: Utusan Online

Gelaran MB Mahkamah yang diberikan tu, sebab dia telah konon-kononnya 'disahkan jawatan' oleh mahkamah, that's why la dia diberikan gelaran MB Mahkamah!

It's like, kalau dia disahkan oleh SPR pun, dia akan digelar MB SPR jugak haha.

As simple as that. Itu pun nak putar-belit. Aiyoyo.

Alamak takkan dia nak gelaran MB Rakyat kot? *muntah hijau*

Balik-Balik 1Malaysia. Pusing-Pusing Tang Tu Jugak.

I came across this article while reading yesterday's Sinar.


Secara realitinya, masyarakat berbilang keturunan dan kaum di negara ini perlu bersatu bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang kukuh.

(Eh, bukan dah kukuh ke? Oh silap, silap. Itu bab ekonomi. Opps!)

Sounds familiar? Well I think I have came across and read this same exact meaning of words from the top high leader for more than, wait let me think ... alamak cannot remember la, it's countless!

Balik, balik seru rakyat suruh bersatu padu la yada yada yada. Cakap, modal air liur, saya pun boleh.

Tapi diri sendiri tu agak-agak sahut tak seruan sendiri laungkan tu?

Oh please la! Jauh panggang!

Atau pun, pecat je tukang tulis ucapan tu. Macam dah takde modal lain dah gamaknya. Cari yang fresh graduate, dah nama pun fresh kan. Harap-harap idea pun fresh jugak la huhu.

Ok saya dah start melalut.

My Late Dinner or Maybe You Can Call It Supper

Jemput makan semua.


Sekali sekala layan roti john daging yang super greesy di malam hari sambil melayan kegilaan berblogging tanpa mengira esok hari Isnin pun syok jugak ye! :)

Sunday, May 24, 2009

Senyum Kambing Utusan Online Yang Memang Kambing Part 5

Today's Senyum Kambing.


Lalala suka hati la depa nak berlapar 3 hari ke, sampai PRU 13 ke.

Lagipun, selepas PRU 13 confirm majority daripada mereka (and saya sekali la join) akan sambung puasa lagi. Sebabnya, dah menang besar haha mestilah tunaikan nazar, kan? :D

Apakehalnya Sirih Pulang ke Gagang Pulak Ni?

Sebelum apa-apa, izinkan saya bergelak ketawa dahulu.

HAHA ... HAHA ... HAHA!

Ok sudah.

Anyway, I came across this one blog, obviously blogger dari puak sebelah sana. Wah bukan main lagi dia berhujah sebab musabab kenapa dikatakan si sirih (read: MB Mahkamah) sudah pulang ke gagang (read: Perak).

Masa PRU-12 lepas, U M N O menang 27 kerusi, D A P menang 18, P K R 7, P A S 6 dan M C A 1 kerusi. So, kononnya ikut dia, rakyat mahukan U M N O la untuk memerintah.

Jadi kononnya jugak, U M N O ajak la P A S join memerintah sekali. Tapi of course la kan, harammm la P A S nak join. Serik dengan pengalaman lalu. Siap dia kata U M N O nak tawarkan kerusi MB and Exco lagi hahaha tak percaya langsung saya.

So in a way, U M N O la yang sepatutnya perintah Perak dari dulu. Bukan pakatan antara P A S - P K R - D A P. Sebab dia kata P a k a t a n R a k y a t ni tak dapat restu rakyat haha lawak gila, pandai-pandai je.

Even 'konflik', yang sepatutnya bukan konflik pun, dia kata 'konflik'. Konfliknya adalah, sebab D A P pegang majority, jadi sepatutnya wakil depa la jadi MB. Alih-alih, wakil P A S pulak.

See, konflik ke namanya ni? Biar betik.

Lepas tu macam-macam la dia hentam MB Rakyat kita. Terutamanya, of course la isu tanah yang sampai sudah jadi modal hentaman mereka. Kononnya, merugikan sangat la bangsa Melayu kita ni.

(Jap tumpang tanya sikit, projek-projek mega yang tak perlu tu tak merugikan bangsa kita ke? Apa untung sangat kita rakyat biasa ni? Nak masuk dan nak menikmati, kena bayar jugak. Yang kaya, golongan tertentu je hish)

Point saya kat sini adalah, kalau U M N O nak perintah Perak sama-sama dengan P A S, apa pulak nak jadi dengan 1 kerusi M C A tu? Merajuk laaa nanti M C A. Karang dia keluar barisan karang siapa yang susah? Saya tak susah pun hik hik.

Lagipun, kalau benar la rakyat nakkkk sangat pihak sebelah sana perintah, pulangkan la mandat tu balik, jangan takut, kalau rakyat nak, rakyat undi punya. Serius. Sahutlah cabaran dan tunjukkan la keberanian sebenar anda, wahai pihak sebelah sana.

Bak kata pepatah, berani kerana benar. Takut? Sambung dan fikirlah sendiri.

Saturday, May 23, 2009

Let's Relax a Little Bit and Enjoy a Cup of Coffee for a Quick F1 Update

The title says it all! :)

Other than enjoying blogging, I love watching F1 too. And for those of you F1 fans, you folks must be well aware by now that this weekend is another racing weekend for them F1 drivers.

Qualifying F1 just now was fan-tas-tic! I enjoyed every moment of it and I thank God finally Kimi Raikkonen finished the qualifying session among the Top 3! I just miss watching him in the after-session press conference.

Despite favoring the two Brawn GP drivers, I'm kinda hoping that Ferrari will win this race in Monaco. Well, you have to give some rewards to them for making such a huge improvement so far, right? :) Furthermore, it's getting boring now to see the same faces each time at the podium.

Anyway, here is the final result from today's qualifying session.


Top 3

P1 - Jenson Button (Brawn GP)
P2 - Kimi Raikkonen (Ferrari)
P3 - Rubens Barrichello (Brawn GP)

Here's my prediction on what's going to happen tomorrow during the starting. It's either A, Button will move to the race line to block Raikkonen and let Barrichello passes him and the rest will up to the team to decide on the strategy.

Or B, Button will stay in his line and let Raikkonen presses his magic KERS button and prevents Barrichello from moving to P1.

Most probably, A will happen. Because it's better for the Brawn GP team to finish 1-2, rather than 2-3, regardless of the P1-P2 order. Furthermore, if you let a KERS car passes you, it will be even harder to pass them back.

But then if A happens, there's a slight tendency that both drivers will crash. I am afraid that Button will pull in to block Raikkonen at the same time when Raikkonen is pressing his KERS button and then BAMMM! Both DNF.

Hold on, don't get too excited just yet. We still do not know the loading each of them will carry. It will only be announced tomorrow and I just can't wait to dig in more information to relate to one another in order to predict better. Who knows maybe Barrichello or Vettel or even Massa is running heavy, and no doubt from previous experiences, pit strategy plays important role too. Just look at how Mark Webber scored P3 during last race - it's all downed to his brilliant pit stop strategy.

Oh well. This is just a prediction from a very amateur person. I believe they have better strategies to work this situation out :) And for that, we'll see tomorrow how.

1Malaysia atau 1Bangsa Malaysia?

Ok topik ini mungkin sedikit sensitif, but I still feel the need to write this down.

First of all, saya bukan gila racism. But sedikit sebanyak kalau obvious sangat, saya terasa la jugak, almaklumlah, manusia biasa (bukan kambing, ye) But that's not the main point.

I am a lady, and as a normal lady, I do read magazines. I don't just stay online all day especially during weekends.

One of the magazines that I read frequently is Women's Weekly. Each month I will either buy this or Cleo. Why? Because they're both cheaper than the rest of the so-called high-end magazines, BUT they have a lot of good stories that in my opinion, worth the RM5.60 spent.


Wah apsal saya kena bersusah-payah terangkan ini semua kepada anda ye?

Anyway, I can't help but notice, that kebanyakan cerita atau pengajaran atau apa-apa sahaja la pun yang terkandung di dalam magazine ini, most of them are focusing on one race only. It's like, The Malaysian, but where are the rest of the races?


Sejujurnya, saya tidak bermaksud untuk melaga-lagakan sesiapa pun. But as I moved on page by page, I can't help but feeling a tad bit disappointed. It's like, kita bersungguh-sungguh nak adil, but it seems like some of them are not giving in or trying hard like they should.

Ini dunia so-called glamour ni, apatah lagi real life, kan!

Oh please don't say that 'baca majalah ni lagha' etc etc. Majalah-majalah hiburan ni bukan semuanya teruk, ada juga nasihat-nasihat berguna tau! :)

Kosmo: Mahkamah Isytihar Zambry MB

Tajuk dia agak kontroversi di situ.

Sebab apa? Sebab sepatutnya hak memilih dan iktiraf MB sepatutnya hak mutlak rakyat.

Tajuk dia should be: Rakyat angkat BN sebagai kerajaan halal di Perak.

Susulan Tajuk: Kerajaan BN di Perak mengisytihar Zambry sebagai MB.

Well, tapi takpelah. Kita tatap je la gambar kemenangan Zambry ni dulu.


Click the photo to read the rest of the news.

Sumber: Kosmo Online

Temubual Eksklusif DS Ir Nizar Mengenai Keputusan Mahkamah Rayuan


Tenang betul bila mendengar butir-butir percakapan DS Ir Nizar.

Senyum Kambing Utusan Online Yang Memang Kambing Part 4

Saya dah agak dah. Mesti isu ini jugak yang akan di'senyum kambing'kan. Wah 40 hari 40 malam la depa ungkit kisah ni nanti ye :)


To be honest, saya tak marah pun dengan keputusan ini. Mungkin sebab kita semua sudah sedia maklum dengan permainan pihak kerajaan, yang sentiasa menggunakan apa saja di bawah ke tak di bawah bidang kuasa mereka ke, apa saja la kesimpulannya, asalkan hajat di hati dipenuhi.

So in a way, keputusan semalam kira 'logik' la haha. Bukan logik sebab betul dan halal, tapi sebab mengikut trend sebelum-sebelum.

Saya rasa tagline 'Rakyat Didahulukan' tu boleh simpan dalam kocek je la. 'Kemenangan dan Kepentingan Sendiri Diutamakan' sepatutnya tu.

Akur memang akur wahai Senyum Kambing, tapi kami rakyat yang sudah muak dengan tipu helah pihak sebelah sana akan tetap sabar menunggu di saat keadilan ditegakkan semula.

Amin.

Friday, May 22, 2009

Bubar Je DUN, Settle. No Need Restu Mahkamah Sini Mahkamah Sana.

Alamak kata nak stop tapi tak habis-habis lagi.

(I'm sorry but I couldn't help it. Everytime I read someone else's blog, I will tend to have my own opinion and most of the times I do not want to vent it on their comment boxes so I guess here will be good)

Betul ke si MB Mahkamah tu nak mintak restu Mahkamah Persekutuan pulak? Wah rajin betul dia, kan? Susah-susah je nak verify and nak CUBA yakinkan rakyat bahawa dia tu sah.

Kalau bubar je DUN, kan settle semua? I mean, setelah kita rakyat tentukan siapa kita nak untuk memimpin, kan adil tu? Yela dah sebelah sini Pakatan Rakyat, sebelah sana pulak Rakyat Diutamakan. Apa lagi, this is the best time to prove to all of us la! Ingat, PRU-13 PASTI datang. Lambat-laun, no matter how hard you try to delay or pusing sini pusing sana, it will come. It will. And selagi persepsi negatif tu tidak diubah, sampai bila-bila pun rakyat tetap rasa mereka tu bersalah!

Contoh, isu tentang 'Aminah Abdullah' tu (haha saya sudah terpengaruh dengan sesetengah blogger PR)

So, apa susah-susah nak pergi minta restu Mahkamah ini Mahkamah itu. Bubar je DUN. Settle!

Kemenangan Yang Telah Dirancang

Don't you think so?

Ok to say that this is a 'winning' is wrong in my case because I'm at the losing side. But, don't you think that everything has been planned, like way earlier?

Dari keputusan Mahkamah Tinggi kepada rayuan 3 jam Mahkamah Rayuan. Kepada penundaan dari Isnin ke Khamis. Dan yang paling penting, kemenangan awal yang telah dinafikan.

Hebat la drama diorang ni. Kena bagi standing ovation ni haha *sambil bangun dari kerusi malas and tepuk dengan bersungguh-sungguh*

Ok saya dah habis cerita tentang isu ini. Move on!

Perbandingan Antara YB Nizar Menang and Zambry Menang (Booo)

Ok, kalau YB Nizar menang, dia tetap akan bubarkan DUN.

Tapi sekarang ni YB Nizar kalah, and si you-know-who tu menang pulak, dia akan bubarkan DUN ke untuk kepentingan semua?

I.Don't.Think.So.

Kalau nak usul undi tidak percaya pun, dah dia diisytiharkan konon-konon MB Perak yang 'sah', kan? Heh. Takkan dia nak usul undi tidak percaya kat diri sendiri?

Percayalah rakan-rakan, memang tak ke mana keputusan ni. Selagi tidak dipulangkan mandat itu kepada rakyat, tak ke mana punya. Trust me on this. Or maybe you already are ;)

Honestly, tersentak dada saya baca kronologi live dari Putrajaya bila si penulis menulis 'Nizar kalah'. Sedih gila, terus saya sms orang-orang yang patut untuk meluahkan rasa terkezut saya huhu. Kerja pun terbantut sama huhu.

Ok itu saja. Mesti mendabik dada tak hengat dalam newspaper. Expect a capital letter, as big as half of the front page of ALL mainstream newspaper tomorrow, stating ZAMBRY MB PERAK YANG SAH hahaha.

Sampai mati pun hang tetap tidak sah di hati saya!

Nizar Kalah!

Benarkah Nizar kalah? =(

See! Betul tak teori saya kat entry ---> ini?

Told you, BN memang sengaja nak mempermainkan kita.

Sigh.

It's ok. Move on!

DS Mohamad Nizar Kalah! =(

Benarkah YB Nizar kalah? =( Aduhai ...

See! Betul tak teori saya kat entry ---> ini?

Told you, BN memang sengaja nak mempermainkan kita.

Sigh.

It's ok. Move on!

Sikit-Sikit, Tangkap. Sikit-Sikit, Sumbat Masuk Jail.

Serius la, saya rasa macam betul-betul berada di dalam negara yang kusut-masai pentadbirannya dan juga teramatlah kuku besinya.

It's like, normal people or rakyat like me and others memang takde peluang langsung nak 'bersuara'. Tak kisah la dalam bentuk 'suara' ke, body language ke apa ke. Nada, yilek, pocik.

Buat perhimpunan aman, kena tangkap. Tapi kalau side-side dia buat apa-apa demonstrasi ke apa ke tak kena la pulak?

Gila tak adil, siot. Ingat ini negara, dia punya sorang. Eh silap, dua orang?

Sakit jiwa raga ini macam.

P/s: Tak sabar tunggu 330pm. Apa la verdictnya nanti ye? I wonder ...

Tambak Johor Diroboh?

Kejap, kejap. Den macam confuse sikit.

Haritu kata taknak masuk bertanding PRK Penanti sebab nak jimatkan duit rakyat.

Ini apa kes pulak yang ini ni?!?

Petikan dari Utusan Online:

"SINGAPURA 21 Mei – Akhirnya, Tambak Johor akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada jambatan baru apabila diperlukan.

Namun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tiada tempoh ditetapkan untuk melaksanakannya dan itupun selepas satu kajian menyeluruh dilakukan terhadap keperluan mempunyai jambatan baru tersebut.

Menurutnya, beliau mahu melihat peningkatan dalam hubungan serta laluan rakyat antara Malaysia dan Singapura, termasuk cadangan menggantikan Tambak Johor dengan jambatan baru."

Hai, bukan ke Tambak Johor tu masih boleh digunakan lagi? And I thought we already have the second link? Apa guna nak tambah or nak demolish Tambak Johor and bina yang baru dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ni, walaupun konon-konon 'tiada tempoh ditetapkan'?

Secara logik, kemajuan bermakna perubahan, kemajuan bermakna pembangunan, kemajuan bermakna hubungan komunikasi dan laluan pengangkutan lebih baik serta selesa antara kedua-dua negara".

Laa nak pergi Singapore je pun. Dah la dah ada dua link untuk ke sana melalui jalan darat, jalan udara pun hari-hari ada flight. Oh this is so pathetic! Menggunakan perkataan 'kemajuan' untuk kepentingan sendiri!!!

“Jika itu diterjemahkan sebagai bermakna Tambak (Johor) patut diganti, maka betullah, tetapi kita tidak wajar tergesa-gesa dengan perkara itu. Kita perlu melihat dari segenap sudut, melihat sama ada kedua-dua negara setuju dengan projek berkenaan,” jelas beliau."

Hoi bukan Tambak Johor yang perlu diganti, tapi banyak lagi infrastruktur kat dalam negara sendiri yang memerlukan lebih perhatian daripada MENGGANTIKAN Tambak Johor tu! Apa guna sebenarnya nak senangkan rakyat asing sedangkan rakyat sendiri ramai yang menderita?!? Tak faham betul la mentaliti pemimpin macam ni.

“Jambatan bengkok ke, lurus ke, atas tanah atau bawah tanah, esoklah saya akan dibincangkan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Bangunan Sistem Lingkaran Pendinginan Berpusat di Kota Iskandar, Johor Bahru."

Ala ni tak lain tak bukan nak merealisasikan balik la impian bekas PM kita yang lepas lepas tu! Huh!!! Ingat negara ni mereka dua yang punya ke!!!

Lu pikirlah sendiri!

Thursday, May 21, 2009

Helah Kerajaan BN Semata-Mata?

Anda pernah terfikir tak, yang MUNGKIN permainan Mahkamah Tinggi-Mahkamah Rayuan ini semua permainan BN semata-mata?

It's like this, they purposely bagi kita menang first round di Mahkamah Tinggi, so that kita akan gila-gila kata Mahkamah Tinggi adalah benar belaka. Then second round which is RIGHT NOW, TODAY to be precise, dia akan keluarkan decision yang menyebelahi pihak dia and buat kita terpaksa terima sebab kita pernah kata Mahkamah Tinggi adalah benar. So kalau kita bantah lagi, it's like menjilat ludah sendiri la gamaknya.

Oh my God, harap-harap ilham yang tercetus di kepala saya during lunch time just now kekal sebagai spekulasi semata-mata. I hope justice will eventually prevail.

Wednesday, May 20, 2009

Keputusan Esok Apa Cerita?

Apa pendapat anda tentang apa yang bakal terjadi esok?

It's either A, rakyat wins (Read: Nizar).

Or B, Zambry wins.

Saya rasa la, berdasarkan pendapat peribadi bahawa BN sentiasa boleh ubah keputusan mahkamah, I think the result will be biased to them.

Meaning, kita, rakyat kalah la :(

But, until when? Bukankah Mahkamah Tinggi sudah menetapkan Nizar ialah MB yang sah? Meaning selama ini Zambry ialah h.a.r.a.m.!

Eh confuse kejap. Apa guna sebenarnya keputusan esok ni ye?

Pening, pening. Memang sah undang-undang rimba ni huhu.

Tuesday, May 19, 2009

Senyum Kambing Utusan Online Yang Memang Kambing Part 3

Hari ini punya Senyum Kambing ...


Buang masa? Buang duit? HAHAHAHAHAHA.

Kelakar dowh, serius kelakar. Macam la benda-benda lain diorang buat tu MENJIMATKAN masa and duit sangat HAHAHAHAHA.

Mengaku je la takut, mengaku je la tak sanggup nak malu lagi, apa susah?

Buat lawak sungguh depa semua ni! Ingat kami rakyat bodoh? Huh.

Monday, May 18, 2009

Bukti Najib Difitnah?

I came across this blog site just now, mentioning Najib was framed. As if, his picture with you-know-who was superimposed.

Thing is, if it's not true, why the silence? Why the not wanting to defend himself? Why the guts to continue jeopardizing his own political career?

Since he prefers to remain silence, let's continue to wonder ...

Visit this site ...

http://buaya-merah.blogspot.com/2009/05/bukti-najib-di-fitnah-malaysiakini.html

... and judge yourself 'coz I'm not good at this whole trick.

Episod Pengalah Yang Malu Nak Mengaku Kalah

Akhirnya, dia angkat bendera putih jugak haha.

Bagus, ini sudah bagus!

Tapi, yang saya tak puas hatinya, kenapa puak-puak depa suka sangat letak kesalahan or kelemahan pada orang lain, yang mungkin tak berkenaan pun dalam kes-kes depa?

Contoh terdekat, petikan dari Malaysiakini.com:

"Perdana menteri juga menggariskan tiga sebab BN menolak untuk bertanding di kerusi tersebut.

Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara. "

Reason 1 bagi saya rakyat yang naif ni a tad bit confusing la. Apa maksud 'satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya'? I thought it was the right move for a politician, to step down and allow a new capable person to take over when you're losing your grip for the sake of the rakyat? Oh well, mungkin mereka tak biasa kot berkorban untuk rakyat haha.

Reason 2 pulak, haiiii alasan ni lagiiiiiii *yawn* Tak habis-habis nak salahkan pihak pembangkang. Habis tu selama ni diorang tak main game jugak ke? I thought their games were much harsher and prone to personal motives rather than for the rakyat. Haha.

Reason 3, HAHAHAHAHAHA ini lawak gila la! ;p and annoying too at the same time. Jika langkah memulihkan ekonomi = langkah menaikkan harga minyak dengan cara yang jahat dan kotor sekali, wow ... *speechless*

Wah banyak betul saya bergelak ketawa hari ni ;D

Ada lagi:

"Najib menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut.

"Tak ada (takut). Macam mana pun kita mesti hadapi rakyat dalam pilihanraya umum akan datang," jelasnya apabila diajukan soalan sama ada BN takut menghadapi pembangkang."

HAHAHAHAHAHAHAHA yeeee keeeeeer niiiiii?

Itu je la. Letih pulak rasa gelak banyak sangat.

Takde Masa Nak Layan, Tapi Ada Masa Pulak Nak Cari Pasal?

I'm pissed.

Really, I am, one.

Petikan Malaysiakini.com:

"Anifah berkata demikian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sekembalinya dari Amerika Syarikat, sambil menambah yang beliau tidak ada masa untuk melayan ugutan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya berhubung dakwaannya itu."

Tidak ada masa untuk melayan, tetapi ADA MASA pulak nak bercerita kahkahkah. Ini tak lain tak bukan, nak mendabik dada konon laku sangat la kot? Huh.

Lagi petikan dari Malaysiakini.com:

"Bernama melaporkan Anifah sebagai berkata 'pertelingkahannya' dengan Anwar adalah isu remeh yang tidak perlu diberi perhatian.

"Beliau bukan keutamaan bagi saya. Sebagai menteri luar, saya ada banyak perkara lain yang lebih penting untuk diselesaikan. Tak ada sebarang masalah jika beliau ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap saya. Ini perkara remeh," katanya."

Isu remeh kau kata? Kat luar negara, berani la pung pang pung pang. Tapi eyes to eyes, face to face ... hancus, leburs. Depan-depan, kecut perut, tak berani. Pelik betul la saya, kenapa la pemimpin-pemimpin kita berani di belakang tapi penakut di depan? Belakang bukan main lagi menokok-tambah nak kasi cerita lebih panas, cerita lebih hangat, cerita ini itu konon-konon untuk menunjukkan dia ala-ala seniman pemimpin agung masa kini la, tapi depan-depan? Toya, moya, loya.

Ish ish ish *sambil geleng-geleng kepala*

Saturday, May 16, 2009

Tak Cukup Siaran Berita Perdana, Konsert Final AF7 Pun Dia Belasah

Hahaha lawak gila ni. Tak cukup dia promote kat siaran media perdana, kat Konsert Final AF7 pun dia belasah promote blog/website dia jugak hahahaha.

Sorry la, mungkin orang cakap itu strategi. But, lawak laaa, macam tak cukup-cukup siaran perdana dia everyday yang dah selamat kami boikot tu. Tak sesuai betul! Orang tengah seronok-seronok nak berjimba melihat persembahan disamping menjadi unofficial jury, dia pergi potong stim pulak. BORING!

Zambry Bukan Menteri Besar Perak - Lim Kit Siang

Thursday, May 14, 2009

Senyum Kambing Utusan Online Yang Memang Kambing Part 2

Wah seronok juga kalau buat ulasan Senyum Kambing ni ye ;D

Siap buat special label ni haha.

Anyway, today's Goat Smile section ...


Ok ini betul-betul pendapat peribadi. Bukan saja nak hentam polis ke apa ke. Cuma saya rasa, ada banyak lagi benda lain yang boleh dan sesuai dijadikan bahan untuk di-Senyum Kambing-kan.

Lagipun, setakat tembak mati penjenayah asing, what's there to be proud of? Lainlah kalau berjaya memberkas hidup-hidup and berjaya hapuskan sampai peringkat akar umbi. Not intending to underestimate a police's job, but to simply tembak je, alamak apsal nak lebih-lebihkan sangat?

Opps, ini pendapat peribadi ye. Jangan terasa lebih-lebih pulak! ;D

From 513 to 1Malaysia by Dato' Seri Anwar Ibrahim (Part 2)



From 513 to 1Malaysia by Dato' Seri Anwar Ibrahim (Part 1)





Selain jadi tempat untuk saya meluahkan isi hati, blog ini juga akan saya jadikan tempat meletak segala video atau apa juga bentuk tulisan yang ingin saya baca dan lihat berulang-ulang kali :)

Minyak Naik RM0.20 by September 2009

Watch this video, and judge for yourself.


Do the math, and again, judge it for your own good.

Remember, the destiny of our beloved country lies more or less in our hands, other than of course, the blessings from God.

Wednesday, May 13, 2009

Senyum Kambing Utusan Online Yang Memang Kambing Part 1

Oh kesian kambing, tak pasal-pasal senyuman dia pulak jadi mangsa.

Anyway, I can't help but to paste this in here, it's from today's Utusan Online.


Hoi hoi, agak-agak la kalau nak konon-konon cynical pun. Orang bangang pun boleh differentiate logik ke tak logik apa yang berlaku sekarang ni tau?

Not that I'm one of them, duh.

Yelah, nak disahkan jawatan kena tunggu 3 bulan. Tapi Mahkamah Rayuan boleh pulak buat decision dalam masa beberapa jam je?

Wah kalau macamni, kes Altantuya tu sepatutnya dah lama la settle, kan? Hahaha.

Sudahlah, terang-terang yang tak betulnya bukan sahaja BN, malahan suratkhabar ni jugak. Hish, lawak gila laaaa. Hahahaha.

I Don't Get It, What's So Hard for Them to Not Wanting to Dissolve the DUN?

The title says it all.

Pakatan Rakyat wants to dissolve the DUN and return the power of human rights to the rakyat to choose and decide who they want to rule the state.

But Barisan Nasional wants otherwise. They prefer to act AS IF they are the ones rakyat want, but in fact they are actually just dreaming on and on and on, saying so because they are scared to death that they will be humiliated once and for all.

Dissolve je la DUN tu apa susah sangat? Kenapa nak complicate-kan keadaan lagi? Nak pergi buat rayuan tangguh keputusan, for what?!?

Lepas tu ada hati nak samakan diri tu dengan tokoh-tokoh agung di dunia wakakaka gua gelak guling-guling sambil geleng-geleng kepalaaaa. Sudah-sudahlah perasan tu.

Saya senyap lama sebab dah malas nak dengar putar-belit kerajaan haram di Perak tu. Tapi lately semangat nak follow balik sebab kelakar dowh haha.

I hope the justice will EVENTUALLY (entah bilaaaa la) prevail.

Cerita Tentang Perak Yang Tiada Kesudahan

Wahai YB Zambry. Sudah-sudahlah putar belit sana sini. Bubar je la DUN, then adakan pilihanraya balik, settle! Kata prihatin dengan suara rakyat sangat, kan? Jadi dengarlah rayuan kami ini.

Kadang-kadang bikin panas hati betul dengan perangai tak masuk akal pemimpin-pemimpin kita ni (layak ke tapi?) Kenapa la takut sangat dengan kuasa rakyat pun tak tahu la.

Ini yang tak sabar nak tunggu next PRU ni.