A Warm Welcome from the Blog Owner

Hello readers. Welcome to my blog.

This blog mainly contains my very personal and humble opinion on any possible issue and topic that comes to my knowledge and interest to write and blog about. It can be politics, gossips or anything. I'll decide. If you don't like what I write, then you're free to either leave a comment or just leave.

Feel free to share your witty thoughts and opinion. I don't mind, really. But please be nice. I will not tolerate and approve any hate, harsh or sensitive comment.

Have a nice day.

Anonymous.
Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Wednesday, July 15, 2009

Jaguh Kampungkah? Jaguh Duniakah? Jaguh Apakah?

Wah ini ampu tak agak-agak ni hahaha. Semenjak bila laaa pulak??? Isk isk isk isk isk isk. Orang lain penat-penat berjuang, orang lain yang dapat nama. Adilkah?


Sudah sudahlah. Makin lawak pulak rasa. Tak payah susah-susah subscribe Astro Citra whatsoever tu lagi, baca paper pun dah cukup menggeletek jiwa dah hehe.

Tuesday, June 2, 2009

Takde Modal La Tu! Haha!

Laaaa dia ungkit balik dah pasal sumpah-sumpah ni. Haha!

Nak suruh sumpah? Saya pun boleh sumpah. They're just words, and words can mean nothing, especially to those who know exactly how words can be deceiving. Cakap pung pang pung pang, hasil yilek. Nada, zero, hampeh.

Sudahlah. Dia takde modal la tu nak hentam PR balik kahkahkah. Tak habis-habis ungkit isu basi. Isu-isu bodoh zaman silam yang sepatutnya dah disimpan kemas-kemas dalam folder memory, lepas tu zip and then simpan baik-baik dalam hidden memory.

Hai nak cakap bodoh bangang, macam kurang sopan. Tapi, haiii itulah dia.

Monday, June 1, 2009

Can This Manipulating News Attitude Get Any Better?

Oh my goodness! Can you believe this is actually happening? *sambil geleng-geleng kepala tak percaya*


Sumber: Utusan Online

At first I thought, no way, they are not going to do this kind of story. You know, manipulating and twisting the obvious facts. Sekali, haiii dia buat jugakkkk.

Maybe they just can't help themselves to act non-silly. Haha! Oh come on, this is totally absurd!

Think about it, what's 'penyalahgunaan demokrasi' that you're talking about? I thought this is what democracy is all about - it's about giving the choice to people to decide who they want their leader to be! Not to the court to verify your very existance haha!

Tak habis-habis depa nak memperbodohkan diri sendiri.

Pembangkang menyusahkan rakyat? Oh my God, sila cerminnnnnn prestasi diri tu dulu boleh tak? Siapa yang sesuka hati naik harga minyak sampai semua barang semua benda naik harga jugak tak turun-turun? Siapa hah siapa? Tolong jangan ungkit pasal jasa baik mesti dikenang whatsoever, sebab we shouldn't! They're paid to do the job, what? Tolonglah, geli saya haha. Cakap macam depa dah bagi kesenangan sangat kat kita rakyat ni, heh.

Kelakar la wei. Serius kelakar. This is getting more and more stupid! Each day all they give us is just *toot*. Huh.

Bersubahat Dengan Kafir?

Saya hairan betul la. Bila baca blog-blog pro-kerajaaan, asal sebut pasal YB DS Ir Nizar mesti sebut dia bersubahat dengan DAP kafir.

Jap jap. Tu umNO tu satu barisan dengan MCA & MIC tu tak kira bersubahat dengan kafir pulak ke?

Oh come on. Grow up!

And one more thing. Perasan tak, kalau kita baca blog-blog pro-kerajaan, mesti penuh dengan caci-maki, carutan, kata-kata hinaan dan yang sewaktu dengannnya la. Kadang-kadang terfikir juga, apa la yang dia marahkan sangat sampai nak maki macam tu sekali.

Tapi kalau baca blog-blog pro-pembangkang, walaupun kita boleh rasa marah dia, rasa sakit hati dan bengang dia, but somehow there're no obvious offensive cursing being used. Maybe some of them ada la guna kot sebab saya bukan ada masa banyak nak selalu-selalu browse around. But mostly I found, not much, or we can say, almost none at all.

That shows, right? :)

Friday, May 29, 2009

Alamak Gelaran Ir Pun Nak Kecoh Ke?

Itulah, kalau dah namanya manusia PHD, memang tak lari daripada sifat ingin mengetahui.

Tapi, yang membezakan antara yang cerdik dengan yang tidak, adalah akal. Tapi laa ni akal pun dia pandai manipulate putar belit isu dan keadaan sampai jadi tunggang terbalik!

Ada satu blog ni, oh bukan blog itu bicara sendiri, tapi tuan punya blognya. Dia question tentang gelaran Ir pada DS Nizar. Kononnya, dia check beratus-ratus juta kali kat BEM, tapi nama DS Nizar, yilek. Then dia check la ada sorang ADUN tu, eh ada pulak (wah kebetulan pulak ye!) nama ADUN tu listed.

Aiseh, ini pun jadi isu, ke?

Saya engineer juga, tapi sejujurnya hal-hal berkaitan pemberian Ir ni memang di luar pengetahuan saya. I've heard of it, but I don't know exactly what are the criteria needed to be fulfilled, before you can be awarded. So, saya tak dapat nak ulas panjang. Kelemahan sendiri, sendiri mengaku la.

Cuma, boleh pulak kan, even gelaran Ir pun depa sanggup korek dalam-dalam. Not that it'll give any MAJOR impact to the current situation in Perak, pun. Apatah lagi kepada ekonomi negara yang dengar-dengar di corong radio dan berita perdana macam okkkkk je, walhal hakikatnya hahaha korek sendiri la kat internet or mana-mana sumber yang boleh dipercayai berapa banyak kilang kat Malaysia ni dah tutup. Heh.

Ok itu sahaja. Selamat berhari Jumaat.

Hujah Tak Jadi Sebab Apa?

... Sebab Zahid Hamidi tarik diri la! Ezam tu siapa?

That's all. Full stop. Ini kenyataan, jangan nak putar belit kenyataan and tuduh pembangkang pulak buat hal.

Memang bodoh bahlul betul la mereka-mereka yang taksub kuasa ni. Marah betul saya.

Fuh relax, relax. Sabar. Sabarrrr.

Yang saya peliknya, Ezam tu sanggup pulak jadi pak sanggup ye. Ok mungkin tak la pelik sangat tapi kalau saya jadi dialah, huih mano nak letak muko den ni! Malu den, maluuuuu. Haha.

Thursday, May 28, 2009

Ezam di Hujah TV9 Membicarakan Tentang Rasuah Wang

Video 1



Video 2



Lawak gila!

Monday, May 25, 2009

Perlu Ke PKR Sogok Calon Bebas Lain Untuk Bertanding?

Terfikir jugak saya sejenak selepas membaca tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh salah seorang daripada calon bebas di PRK Penanti nanti.

It's like, perlu ke nak bazirkan duit sebanyak itu (RM80,000!) semata-mata untuk mengelak daripada bertembung dengan minah sorang ni?

Dia siapa? Besar sangat ke pengaruh dia? Bagus sangat ke kepimpinan dia? Hebat sangat ke dia sampai macam-macam PKR kena sogok?

Alamak dei, sedangkan di Bukit Selambau yang punyalaaaa ramai calon bebas tu pun takde isu macam ni, takkan tiba-tiba PRK Penanti pulak depa nak buat macamni?

Lagipun macam la banyak sangat duit PKR ada sampai boleh afford nak tabur-tabur rasuah ni, kan? Membazir je! Kalah bermaruah lagi baik!

Isu 'MB Mahkamah' Pun Nak Kecoh Ke?

Alamak dia ni, isu gelaran remeh ni pun dia nak over-react ke?


Sumber: Utusan Online

Gelaran MB Mahkamah yang diberikan tu, sebab dia telah konon-kononnya 'disahkan jawatan' oleh mahkamah, that's why la dia diberikan gelaran MB Mahkamah!

It's like, kalau dia disahkan oleh SPR pun, dia akan digelar MB SPR jugak haha.

As simple as that. Itu pun nak putar-belit. Aiyoyo.

Alamak takkan dia nak gelaran MB Rakyat kot? *muntah hijau*

Saturday, May 16, 2009

Tak Cukup Siaran Berita Perdana, Konsert Final AF7 Pun Dia Belasah

Hahaha lawak gila ni. Tak cukup dia promote kat siaran media perdana, kat Konsert Final AF7 pun dia belasah promote blog/website dia jugak hahahaha.

Sorry la, mungkin orang cakap itu strategi. But, lawak laaa, macam tak cukup-cukup siaran perdana dia everyday yang dah selamat kami boikot tu. Tak sesuai betul! Orang tengah seronok-seronok nak berjimba melihat persembahan disamping menjadi unofficial jury, dia pergi potong stim pulak. BORING!

Wednesday, April 8, 2009

Laporan Media Perlu Bertaraf Dunia?!?!?!?

Excerpt from Utusan Online:

Laporan Media Perlu Bertaraf Dunia - Najib

KUALA LUMPUR 6 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara memerlukan bentuk laporan media yang bertaraf dunia dengan melaporkan berita berasaskan fakta.

Perdana Menteri berkata, media mesti berlaku adil dan bertanggungjawab dalam melaporkan sesuatu berita.

Katanya, adalah amat mustahak untuk media menyuburkan perdebatan yang konstruktif mengenai masa depan negara.

''Saya percaya kita boleh melangkaui pemberitaan yang menawarkan khabar angin dan teori konspirasi," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Wartawan Malaysia 2008 anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) di sini malam ini.

Hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Chamil Wariya.

Menurut Najib, laporan yang bertanggungjawab bukanlah bermaksud perlu memihak kepada kerajaan.

Pada beliau, laporan yang bertanggungjawab adalah dengan melihat secara lebih skeptikal dan kritikal terhadap sesuatu dakwaan dari pelbagai sudut dan khabar angin yang membentuk perbincangan politik.

''Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi gangguan (khabar angin) sebegini juga wujud di kebanyakan negara paling maju di dunia.

''Di Amerika Syarikat sendiri sebagai contoh, lebih 40 peratus daripada rakyatnya pada 2007 merasakan yang Saddam Hussein adalah orang di sebalik serangan 11 September, walaupun tiada bukti mengaitkannya dengan hal tersebut," jelasnya.

Dalam pada itu, Najib mengajak semua pihak termasuk pemimpin politik dan rakyat yang ingin berdialog mengenai sesuatu isu supaya melakukannya secara menghormati pandangan pihak lain.

Katanya, sebarang perbincangan perlu mengiktiraf bahawa pihak yang bertentangan bukanlah musuh.

Perbezaan pendapat itu, katanya, haruslah tidak datang daripada motif yang bertujuan jahat tetapi daripada keprihatinan yang mendalam untuk masa depan negara.

''Bersama kita memberi fokus kepada perkara yang menjadi keperluan negara dan saya berharap laporan yang penuh warna-warni hanya menjadi satu sejarah.

''Ia adalah sesuatu yang tidak mencerminkan realiti dan hanya membawa kemusnahan diskusi umum yang kita mahukan,'' katanya.

Menurut Perdana Menteri, sesuatu dialog yang mencerminkan rasa hormat antara satu sama lain harus berlaku di seluruh negara walaupun ia melibatkan pendapat yang berbeza.

Katanya, sama ada di rumah atau di restoran, di kampung atau bandar, di tempat kerja atau majlis sosial dan di media tradisional atau media elektronik yang semakin berkembang harus ada nilai tersebut.

''Ini adalah contoh kepimpinan yang harus kita lakukan sebagai orang dewasa, mentor, ibu bapa atau guru.

''Kita mesti mengajar dan memimpin melalui teladan.

''Oleh itu, generasi akan datang akan mempunyai nilai dan rasa saling hormat terhadap kepelbagaian pandangan dalam mengukuhkan negara kita,'' katanya.

‘‘Bersama kita memberi fokus kepada perkara yang menjadi keperluan negara dan saya berharap laporan yang penuh warna-warni hanya menjadi satu sejarah.

‘‘Ia adalah sesuatu yang tidak mencerminkan realiti dan hanya membawa kemusnahan diskusi umum yang kita mahukan,’’ katanya.

Menurut Perdana Menteri, sesuatu dialog yang mencerminkan rasa hormat antara satu sama lain harus berlaku di seluruh negara walaupun ia melibatkan pendapat yang berbeza.

Katanya, sama ada di rumah atau di restoran, di kampung atau bandar, di tempat kerja atau majlis sosial dan di media tradisional atau media elektronik yang semakin berkembang harus ada nilai tersebut.

‘‘Ini adalah contoh kepimpinan yang harus kita lakukan sebagai orang dewasa, mentor, ibu bapa atau guru.

‘‘Kita mesti mengajar dan memimpin melalui teladan.

‘‘Oleh itu, generasi akan datang akan mempunyai nilai dan rasa saling hormat terhadap kepelbagaian pandangan dalam mengukuhkan negara kita,’’ katanya.

Reaksi saya bila terbaca TAJUKNYA SAHAJA ...

MUNTAH DARAH, BEB.

Saturday, March 7, 2009

Malunya dengan Pemimpin Negara Sendiri!

Malu, malu, malu saya!



I saw this video in biaqpila blog and terus rasa marah dan malu yang teramat sangat dengan pemimpin-pemimpin negara kita dari Parti Bee End (bak kata bloggers) yang my goodness, teramat-amat bangang rupa-rupanya! Yelah, yang patut dibincangkan secara serius, mereka mengelak, isu yang remeh-temeh pulak yang sibuk-sibuk je nak discuss sini sana.

Nanti saya ulas dengan lebih lanjut. Hari ini perlu pulang ke rumah ibubapa dahulu untuk menenangkan hati.