A Warm Welcome from the Blog Owner

Hello readers. Welcome to my blog.

This blog mainly contains my very personal and humble opinion on any possible issue and topic that comes to my knowledge and interest to write and blog about. It can be politics, gossips or anything. I'll decide. If you don't like what I write, then you're free to either leave a comment or just leave.

Feel free to share your witty thoughts and opinion. I don't mind, really. But please be nice. I will not tolerate and approve any hate, harsh or sensitive comment.

Have a nice day.

Anonymous.

Wednesday, April 15, 2009

Isu Jambatan Bengkok Keluar Balik

Sumber: Kosmo Online
Mahu jambatan bengkok

GAMBARAN artis jambatan bengkok atau jambatan indah bagi menggantikan Tambak Johor.

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) semalam meminta agar kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak menyambung semula projek jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor yang dibatalkan pada 2006.

Presidennya, Syed Ali Alattas berkata, rata-rata ahlinya di negeri itu mengadu kerana sejak pembukaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) pada November tahun lalu, perniagaan mereka merosot teruk.

"Pembatalan jambatan bengkok telah menyebabkan laluan ke dan dari Singapura tidak lagi melalui bandar raya Johor Bahru sebaliknya terus ke CIQ.

"Johor Bahru sekarang bagaikan bandar mati. Itulah pandangan usahawan khasnya usahawan kecil," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Perundingan dan pelaksanaan pembinaan jambatan bengkok atau 'Jambatan Indah' itu diilhamkan Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia ekoran Singapura yang tidak memberikan keputusan muktamad untuk bekerjasama membina jambatan lurus menggantikan Tambak Johor.

Bagaimanapun pembinaan jambatan bengkok dibatalkan atas keputusan kerajaan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Sementara itu di Johor Bahru, Pergerakan Pemuda UMNO Johor turut berpendapat perlunya kerajaan mengkaji semula projek jambatan bengkok kerana ia mampu merancakkan ekonomi negara, khususnya di Johor.

Hai dia ungkit balik dahhhh. Ini mesti kerja orang yang baru masuk balik UMNO ni. Ampu dia lagi, ampuuuuu. Ini semua mengarut, mengarut!!! Tak habis-habis nak kikis, kikis kikisss duit rakyat. Huh!!!

No comments: