A Warm Welcome from the Blog Owner

Hello readers. Welcome to my blog.

This blog mainly contains my very personal and humble opinion on any possible issue and topic that comes to my knowledge and interest to write and blog about. It can be politics, gossips or anything. I'll decide. If you don't like what I write, then you're free to either leave a comment or just leave.

Feel free to share your witty thoughts and opinion. I don't mind, really. But please be nice. I will not tolerate and approve any hate, harsh or sensitive comment.

Have a nice day.

Anonymous.

Wednesday, April 8, 2009

Laporan Media Perlu Bertaraf Dunia?!?!?!?

Excerpt from Utusan Online:

Laporan Media Perlu Bertaraf Dunia - Najib

KUALA LUMPUR 6 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara memerlukan bentuk laporan media yang bertaraf dunia dengan melaporkan berita berasaskan fakta.

Perdana Menteri berkata, media mesti berlaku adil dan bertanggungjawab dalam melaporkan sesuatu berita.

Katanya, adalah amat mustahak untuk media menyuburkan perdebatan yang konstruktif mengenai masa depan negara.

''Saya percaya kita boleh melangkaui pemberitaan yang menawarkan khabar angin dan teori konspirasi," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Wartawan Malaysia 2008 anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) di sini malam ini.

Hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Chamil Wariya.

Menurut Najib, laporan yang bertanggungjawab bukanlah bermaksud perlu memihak kepada kerajaan.

Pada beliau, laporan yang bertanggungjawab adalah dengan melihat secara lebih skeptikal dan kritikal terhadap sesuatu dakwaan dari pelbagai sudut dan khabar angin yang membentuk perbincangan politik.

''Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi gangguan (khabar angin) sebegini juga wujud di kebanyakan negara paling maju di dunia.

''Di Amerika Syarikat sendiri sebagai contoh, lebih 40 peratus daripada rakyatnya pada 2007 merasakan yang Saddam Hussein adalah orang di sebalik serangan 11 September, walaupun tiada bukti mengaitkannya dengan hal tersebut," jelasnya.

Dalam pada itu, Najib mengajak semua pihak termasuk pemimpin politik dan rakyat yang ingin berdialog mengenai sesuatu isu supaya melakukannya secara menghormati pandangan pihak lain.

Katanya, sebarang perbincangan perlu mengiktiraf bahawa pihak yang bertentangan bukanlah musuh.

Perbezaan pendapat itu, katanya, haruslah tidak datang daripada motif yang bertujuan jahat tetapi daripada keprihatinan yang mendalam untuk masa depan negara.

''Bersama kita memberi fokus kepada perkara yang menjadi keperluan negara dan saya berharap laporan yang penuh warna-warni hanya menjadi satu sejarah.

''Ia adalah sesuatu yang tidak mencerminkan realiti dan hanya membawa kemusnahan diskusi umum yang kita mahukan,'' katanya.

Menurut Perdana Menteri, sesuatu dialog yang mencerminkan rasa hormat antara satu sama lain harus berlaku di seluruh negara walaupun ia melibatkan pendapat yang berbeza.

Katanya, sama ada di rumah atau di restoran, di kampung atau bandar, di tempat kerja atau majlis sosial dan di media tradisional atau media elektronik yang semakin berkembang harus ada nilai tersebut.

''Ini adalah contoh kepimpinan yang harus kita lakukan sebagai orang dewasa, mentor, ibu bapa atau guru.

''Kita mesti mengajar dan memimpin melalui teladan.

''Oleh itu, generasi akan datang akan mempunyai nilai dan rasa saling hormat terhadap kepelbagaian pandangan dalam mengukuhkan negara kita,'' katanya.

‘‘Bersama kita memberi fokus kepada perkara yang menjadi keperluan negara dan saya berharap laporan yang penuh warna-warni hanya menjadi satu sejarah.

‘‘Ia adalah sesuatu yang tidak mencerminkan realiti dan hanya membawa kemusnahan diskusi umum yang kita mahukan,’’ katanya.

Menurut Perdana Menteri, sesuatu dialog yang mencerminkan rasa hormat antara satu sama lain harus berlaku di seluruh negara walaupun ia melibatkan pendapat yang berbeza.

Katanya, sama ada di rumah atau di restoran, di kampung atau bandar, di tempat kerja atau majlis sosial dan di media tradisional atau media elektronik yang semakin berkembang harus ada nilai tersebut.

‘‘Ini adalah contoh kepimpinan yang harus kita lakukan sebagai orang dewasa, mentor, ibu bapa atau guru.

‘‘Kita mesti mengajar dan memimpin melalui teladan.

‘‘Oleh itu, generasi akan datang akan mempunyai nilai dan rasa saling hormat terhadap kepelbagaian pandangan dalam mengukuhkan negara kita,’’ katanya.

Reaksi saya bila terbaca TAJUKNYA SAHAJA ...

MUNTAH DARAH, BEB.

No comments: