A Warm Welcome from the Blog Owner

Hello readers. Welcome to my blog.

This blog mainly contains my very personal and humble opinion on any possible issue and topic that comes to my knowledge and interest to write and blog about. It can be politics, gossips or anything. I'll decide. If you don't like what I write, then you're free to either leave a comment or just leave.

Feel free to share your witty thoughts and opinion. I don't mind, really. But please be nice. I will not tolerate and approve any hate, harsh or sensitive comment.

Have a nice day.

Anonymous.

Thursday, February 26, 2009

Cerita Tol Lagi

Baru sahaja tergerak di hati untuk meng'update' tentang pengalaman sendiri berkenaan dengan topik hangat tol ni, tiba-tiba baca Malaysia Kini, keluar pula tentang kenaikan tol sebanyak 5 peratus di lima lebuhraya bermula Ahad ini.

5 peratus?!? Mak aih!!!

Lima lebuhraya terbabit ialah:

1. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)

2. Lebuhraya Sprint

3. Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur

4. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)

5. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)

Setahu saya lah, lebuhraya-lebuhraya di atas ni adalah tumpuan orang ramai terutamanya Lebuhraya Utara-Selatan, of course. Maaf jika saya kurang pengetahuan tentang permainan perjanjian konsesi antara kerajaan pusat dan syarikat-syarikat terbabit, but isn't the charity of rakyat should be the priority?

Sudahlah terbeban dengan cukai sana sini; C.U.K.A.I. cukai tanah la, cukai pintu la, cukai pendapatan la, cukai jalan la, then rebat yang tak seberapa tu pun dah dimansuhkan. Harga minyak yang sepatutnya lebih rendah tidak dipedulikan. Harga barang yang tidak terkawal lagilah, jangan cerita saya rasa semua pun dah naik menyampah nak buat aduan. Lepas tu bebanan dan tanggungan lain lagi? Haih, kadang-kadang ikut hati rasa nak lari keluar negara settle down kat tempat lain.

Naik bukan setakat sepuluh sen dua, well ada la yang naik sepuluh sen saja iaitu di BESRAYA, tapi ada yang naik sampai RM0.50. Mungkin sedikit kelihatannya, tapi cuba bayangkan daripada RM1.50 naik RM0.50 jadi RM2.00, berapa peratus kenaikkannya? Ya betul 33%! Banyak tu!!!

Kerajaan, kerajaan. Tak pernah serik. Tak pernah peduli pasal rakyat. Apalah sangat kalau dibantu rakyat walau sedikit mana pun. Ini tidak, yang saya dengar semuanya ini bebankan kerajaan, itu bebankan kerajaan. Bila dah bantu sikit, contohnya rebat tunai hari tu, belum apa-apa dah cepat-cepat nak tarik balik. Jarang la kita dengar pemimpin kerajaan BN cakap, oh jangan, jangan, kesian rakyat. Yang selalu dengar "anda mesti undi kami kerana hanya anda terhutang budi kepada perjuangan lampau kami" kahkahkah lawak betul.

Credit to Malaysia Kini

No comments: