A Warm Welcome from the Blog Owner

Hello readers. Welcome to my blog.

This blog mainly contains my very personal and humble opinion on any possible issue and topic that comes to my knowledge and interest to write and blog about. It can be politics, gossips or anything. I'll decide. If you don't like what I write, then you're free to either leave a comment or just leave.

Feel free to share your witty thoughts and opinion. I don't mind, really. But please be nice. I will not tolerate and approve any hate, harsh or sensitive comment.

Have a nice day.

Anonymous.

Wednesday, March 18, 2009

How Telus is YOUR Telus Dear TPM?

KUALA LUMPUR 17 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan sentiasa komited kepada pentadbiran yang berprinsipkan keterbukaan dan ketelusan kepada rakyat apabila mengambil alih pucuk pimpinan negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keyakinan rakyat terhadap kerajaan akan terbina kukuh sekiranya kerajaan berusaha untuk bercakap benar.

“Pada prinsipnya saya berpendapat bahawa sebagai sebuah kerajaan kita mesti memupuk kepercayaan rakyat dan bersikap telus agar rakyat yakin pada kita,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan salah seorang peserta Persidangan Agenda Integriti Nasional Penilaian dan Hala Tuju di Institut Integriti Malaysia (IIM) di sini hari ini.

Mengenai rasuah, Najib tidak menafikan bahawa usaha perlu untuk membentuk sebuah masyarakat yang bersih daripada gejala itu.

Beliau berkata, masyarakat yang bermoral lagi berintegriti merupakan satu perjuangan yang perlu dijadikan budaya secara menyeluruh.

“Dalam usaha kita untuk memperjuangkan sebuah tamadun yang berjaya, faktor yang amat penting sekali ialah kualiti modal insan,’’ ujarnya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, amalan nilai-nilai murni perlu menjadi asas dalam kehidupan seharian agar sikap tamak haloba yang boleh mendorong kepada perbuatan rasuah dan salah guna kuasa, dapat dielakkan.

Najib turut menyeru sektor swasta dan awam memberi keutamaan kepada integriti dalam soal pemilihan kakitangan.

“Kita mungkin rasa serasi kalau orang (pekerja) itu setia kepada ketua tetapi jika orang itu tidak ada integriti, dia boleh menyebabkan ketuanya jatuh,’’ tegasnya.

Beliau berkata, dalam aspek pelantikan kakitangan mahupun pertukaran pegawai, elemen penting yang perlu diberi keutamaan ialah integriti, kemampuan dan penerimaan.

Sumber: Utusan Online

Honestly, these are all bullshit.

And oleh kerana dia bercerita tentang ketelusan ini semua, jadi in a way, betul la kan, kira dia admit la juga yang pentadbiran sekarang penuh dengan tipu helah, belit-membelit fakta and penuh kepura-puraan semua, kan?

Hish saya betul-betul dah bosan dengan kenyataan-kenyataan macam bagus ini semua! Betul-betul muak!

No comments: