A Warm Welcome from the Blog Owner

Hello readers. Welcome to my blog.

This blog mainly contains my very personal and humble opinion on any possible issue and topic that comes to my knowledge and interest to write and blog about. It can be politics, gossips or anything. I'll decide. If you don't like what I write, then you're free to either leave a comment or just leave.

Feel free to share your witty thoughts and opinion. I don't mind, really. But please be nice. I will not tolerate and approve any hate, harsh or sensitive comment.

Have a nice day.

Anonymous.

Thursday, July 2, 2009

DAP Kedah Apa Kes Pulak Ni?

I knew the story yesterday and as expected, muka depan Utusan Malaysia terang-terang tulis "DAP keluar pakatan" haha.

Saya tak terasa apa sangat pun, cuma saya rasa biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit, kan. Kat Terengganu tu pun kecoh gak, pemimpin-pemimpin bawah satu 'bumbung' lagi haha. But I guess DAP Kedah shouldn't be too kelam-kabut about it just yet sepatutnya. Settle la secara aman damai dulu, awat nak sampai keluar pakatan, tunggu la kata putus pimpinan pusat dulu, kan? :) Ini gelojoh sangat, nak buktikan apa saya pun tak tahu la. Suka bagi akhbar-akhbar pro-BN topik-topik baru nak kasi laku itu paper, kan? Hehe.

And one more thing. BN kena sedar, projek khinzir whatsoever tu asalnya depa jugak yang luluskan. Jadi, sila jangan perasan bagus sangat konon PR ni tak pandai perintah negeri. Awak semua mengaku Islam, mengaku menegakkan agama Islam, tapi langsung tidak sensitif dengan ajaran agama sendiri. Saya benar-benar merasakan yang PAS Kedah pasti ada plan mereka yang tersendiri apabila mereka melaksanakan aktiviti yang mengundang peristiwa keluar pakatan itu kononnya. Islam agama yang adil, Islam bukan agama yang menindas kaum lain. Mereka pasti ada back-up plan mereka tersendiri.

Babi, babi. Macam-macam isu pasal babi ni kan. Oh well. Harap-harap ada la jalan penyelesaian antara DAP dan PAS Kedah tu. Saya dah muak dengan pemerintahan kuku besi dan monopoli serta mementingkan kroni Barisan Nasional ni. Jadi saya harap kepimpinan Pakatan Rakyat akan terus kukuh, supaya nanti PRU-13, saya dapat pangkah anda! :D Kalau tak, hancurlah Malaysia ni karang, slow-slow ditakluki semula oleh bangsa asing!

No comments: